Inilah BMW R 1300 GS Adventure 2025 atau lebih dikenali sebagai GSA yang dinanti-nantikan.
Kami akan menunggu ulasan tentang penggayaannya daripada anda, namun di bawah badan baharu itu ialah segala-gala ciri yang boleh dipasangkan oleh BMW. Dan kami bermaksud segala-galanya.
GSA terkenal dengan tangki bahan apinya yang lebih besar dan model baharu ini turut menggunakannya, berkapasiti 30 liter, sama seperti R 1250 GS Adventure yang terdahulu.
Ciri-ciri BMW R 1300 GS Adventure (2025):
- Automated Shift Assistant (ASA) dengan operasi klac automatik dan penukaran gear automatik mengikut mod tunggangan yang dipilih. Oleh itu, tiada lagi tuil klac.
- Enjin Boxer yang dikongsi dengan GS bukan Adventure yang menampilkan transmisi pada bahagian bawah.
- Teknologi BMW ShiftCam dikekalkan untuk mengubah pemasaan injap dan lejang injap pada bahagian pengambilan.
- Ia menghasilkan 107 kW (145 hp) pada 7,750 RPM dan 149 Nm pada 6,500 RPM.
- Casis direka bentuk semula sepenuhnya berbanding pendahulunya dengan kerangka utama kepingan logam dan kerangka belakang dengan tiub aluminium.
- Suspensi Telelever EVO baharu dengan elemen lentur dan panduan roda belakang EVO Paralever yang disemak semula untuk pengendalian yang lebih tepat dan tunggangan yang lebih stabil.
- BMW Motorrad Full Integral ABS sebagai ciri standard.
- Empat mod tunggangan.
- Engine drag torque control (MSR), Dynamic Brake Control (DBC) and Hill Start Control (HSC) sebagai ciri standard.
- Ciri Driving Modes Pro sebagai ciri tambahan.
- Dynamic Traction Control (DTC) sebagai standard.
- Electronic Dynamic Suspension Adjustment (DSA) juga merupakan ciri tambahan.
- Adaptive vehicle height control sebagai ciri tambahan. Sistem ini meninggikan motosikal 30mm secara automatik setelah bergerak, dan merendahkannya kembali apabila bergerak perlahan sebelum berhenti.
- Lampu depan Matrix LED dan lampu spotlight baharu sebagai ciri standard.
- Headlight Pro dengan ciri lampu depan adaptif sebagai ciri tambahan.
- Pelindungan tangan berserta lampu signal sebagai standard.
- Dynamic Cruise Control (DCC) dengan fungsi brek sebagai standard.
- Riding Assistant with Active Cruise Control (ACC), Front Collision Warning (FCW), Lane Change Warning, dan Rear End Collision Warning (RECW) merupakan ciri-ciri tambahan.
- Kompartmen mengecas telefon dengan soket USB dan soket pengecas 12V adalah ciri-ciri standard.
- Pemanas pelana penunggang dan pembonceng sebagai ciri tambahan.
- Penambah tinggi hendel sebanyak 30mm juga ciri tambahan.
- Terdapat juga berbagai variasi pelana sebagai ciri tambahan.
- Meter TFT 6.5-inci dengan berbagai ciri sebagai standard.
- RDC, Keyless Ride, dan pemanas handel sebagai ciri-ciri standard.
- Intelligent Emergency Call merupakan ciri standard tetapi bergantung kepada pasaran.
- Terdapat tiga pilihan warna iaitu Triple Black, GS Trophy, and Option 719 Karakorum.
BMW Motorrad berkata bahawa berat basah BMW R 1300 GS Adventures (2025) ialah 269kg, berbanding 237kg untuk R 1300 GS (2024), manakala ketinggian tempat duduknya ialah 870mm dan boleh laras kepada 890mm.
Harga di UK bermula dari £18,870 (RM113,872.52) hingga £21,300 (RM128,536.55).