Bikesrepublic

BMW S 1000 XR (2024) telah Dilancarkan di Malaysia

BMW Group Malaysia telah melancarkan BMW CE 02 (2024), BMW F 900 GS (2024), BMW R 1300 GS (2024), dan BMW S 1000 XR (2024), hari ini di Malaysia Autoshow 2024.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia menyatakan, “Kami berasa teruja untuk melancarkan barisan motosikal kami yang terbaharu di Pameran Auto Malaysia 2024, yang menampilkan jentera BMW CE 02 yang telah dinanti-nantikan ramai, di samping jentera-jentera baharu yang lain dalam segmen Kembara. Pameran ini mencerminkan azam kami untuk menyuntik nafas baharu kepada pengalaman menunggang di negara ini. Setiap motosikal melambangkan inovasi, yangm mengintegrasikan aspek elektrifikasi, prestasi premium, serta reka bentuk yang canggih dengan begitu sempurna. Sedang kita mendukung alaf mobiliti yang baharu dan terus menjulang cogan ‘Make Life A Ride’ di Malaysia, kami ingin mempelawa para peminat motosikal untuk menyertai kami dalam perjalanan yang mengujakan ini bersama BMW Group Malaysia.”

BMW S 1000 XR (2024)

BMW S 1000 XR 2024 hadir dengan kemas kini pertengahan umur, tetapi keupayaan tunggangan jarak jauh dan prestasinya kekal mantap.

Ciri-ciri utama:

  • Walaupun sudah dirombak, bahagian hadapannya mengekalkan bentuknya, dan dilengkapi denganpelana  melengkung untuk sokongan optimum.
  • Ia menggunakan enjin empat silinder sebaris 999cc yang dikongsi dengan model superbike BMW S 1000 RR.

  • Ia bagaimanapun ditala untuk tunggangan jarak jauh yang lebih santai, selain membawa barang dan penumpang, justeru ia menghasilkan 125 kW (170 hp) pada 11,000 rpm, dan tork 114 Nm pada 9,250 RPM dan bukannya 205 hp pada 13,750 RPM dan 112 Nm pada 11,000 RPM.
  • Ciri standard termasuk pemegang kotak simpanan sisi, kotak simpanan kad tol, dan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.

  • Kesemua lampunya menggunakan LED, dengan LED Auxiliary Light, and Headlight Pro DRL.
  • Terdapat empat mod tunggangan: Rain, Road, Dynamic, dan Dynamic Pro.

  • Ciri bantuan kepada penunggang termasuk Dynamic Traction Control (DTC) dan fungsi Wheelie DTC.
  • Hill Start Control Pro adalah standard dan ia merupakan ciri yang berguna apabila anda berhenti di lereng yang curam.

  • BMW S 1000 XR 2024 juga mempunyai suspensi Dynamic ESA Pro yang menjaga pramuat dan redaman, dan boleh dipilih modnya oleh penunggang.
  • Terdapat juga Shift Assist Pro (quickshifter) untuk penukaran gear yang lancar dan agresif.

  • Dan tidak lupa juga ciri-ciri Keyless Ride serta port pengecasan USB.
  • Warna standard termasuk Gravity Blue Metallic, dan Blackstorm Metallic.

Kemudahan Kewangan

Pemilikan BMW S 1000 XR (2024) baharu bermula dari RM 1,928 setiap bulan dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Belon dengan pinjaman 90% dalam tempoh 4 tahun.

Pemilik juga boleh menikmati faedah tambahan dengan Program Inklusif Minyak Enjin Premium Malaysia Terunggul, Servis Inklusif dan Pelanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila layari https://www.bmw-motorrad.com.my/en/service/service-inclusive.html.

Harga runcit (di atas jalan, dengan Waranti 3 Tahun Terbaharu BMW Motorrad Malaysia dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun, tanpa insurans) untuk BMW S 1000 XR (2024) ialah RM 129,500.00.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BMW S 1000 XR (2024), lawati http://www.bmw-motorrad.com.my/ atau hubungi pengedar BMW sah pilihan anda.

 

Galeri Foto BMW S 1000 XR (2024)

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan