Bikesrepublic

BMW S1K Mega Gathering 2024 Menyambut Kejayaan BMW S 1000 RR

Tidak dapat dinafikan bahawa BMW S 1000 RR adalah kejayaan besar di kalangan peminat motosikal Malaysia. Justeru itu kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menganjurkan BMW S1K Mega Gathering 2024 yang berlangsung pada 10 Ogos 2024.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, edisi terbaru ini menyaksikan pemilik menunggang motosikal mereka Colmar Tropicale, Bukit Tinggi. Lebih 430 peserta menyertai acara tersebut.

Daripada siaran media:

Kumpulan BMW S 1000 RR/HP4 telah menyemarakkan semangat peminat motosikal dengan membawa kembali acara BMW S1K Mega Gathering yang sangat dinanti-nantikan, diadakan pada 10 Ogos 2024, dari jam 9 pagi hingga 4 petang. Berlangsung dengan meriah di Le Chavelier Ballroom, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, acara ini menghimpunkan lebih 430 peserta, termasuk penunggang model ikonik BMW S 1000 RR, BMW M 1000 RR, BMW S 1000 R, BMW M 1000 R dan BMW HP4, bersama rakan niaga, pengedar dan penaja yang dihormati.

Acara BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan satu hari yang penuh dengan keseronokan bermotosikal, dan turut menampilkan sesi tunggang uji eksklusif model elektrik canggih BMW Motorrad iaitu BMW CE 02 dan BMW CE 04. Acara tersebut bukan sahaja bertujuan memperlihatkan komitmen BMW Group Malaysia terhadap prestasi dan inovasi dalam segmen motosikal premium, malah menawarkan peluang unik buat peserta untuk merasai masa hadapan mobiliti bandar.

Acara dimulakan dengan mesej video oleh Toprak Razgatlıoğlu, juara dunia pelumba motosikal dari Turki yang juga pelumba baharu BMW Group untuk Kejohanan Superbike Dunia. Beliau mencipta sejarah dengan merekodkan 13 kemenangan perlumbaan Superbike Dunia berturut-turut – rekod pertama dalam sejarah kejohanan – menggunakan BMW M 1000 RR. Selain itu, acara kemuncak BMW S1K Mega Gathering 2024 membawakan penampilan istimewa Azlan Shah bin Kamaruzaman, pelumba motosikal Grand Prix profesional Malaysia yang terkenal dan kini bertanding dalam kelas ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia menggunakan BMW S 1000 RR.

Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “BMW S1K Mega Gathering 2024 menekankan komitmen kami untuk Make Life A Ride, di samping memupuk komuniti motosikal yang sungguh bersemangat. Perhimpunan ini bukan sahaja mengenai keakraban serta minat bersama terhadap keterujaan di jalan raya dan litar lumba, tetapi juga meraikan warisan luar biasa motosikal lasak premium kami. Pada masa yang sama, kami juga mengambil peluang ini untuk menonjolkan semangat perintis model elektrik kami, membawa semangat pengembaraan ke masa hadapan.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube