Bikesrepublic

Boon Siew Honda Lancar CBR250RR 18 Disember Ini?

Boon Siew Honda menerusi perkongsian di Facebook, Honda Motorcycles Malaysia telah berkongsi imej teaser mengenai pelancaran sebuah model baharu.

From Track to Street. Motosikal yang paling dinanti-nantikan tahun ini. DNA perlumbaan kini bersedia menakluki…

Posted by Honda Motorcycle Malaysia on Friday, 11 December 2020

Menerusi imej tersebut jelas terpampang susuk tubuh sebuah motosikal jenis sportsbike yang dijangkakan merupakan Honda CBR250RR.

Motosikal kelas 250cc itu merupakan antara model yang ditunggu-tunggu untuk dipasarkan di sini selepas beberapa tahun jentera terbabit dinikmati negara jiran antaranya Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Honda CBR250RR 2020 kini menawarkan 41hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm di samping didatangkan dengan pelbagai ciri menarik lain antaranya fungsi quickshifter dan assist/slipper clutch.

Antara ciri ditawarkan:

  • ride-by-wire
  • tiga mod tunggangan
  • paparan LCD
  • lampu LED
  • fork depan USD 37mm
  • ABS dual-channel

Akhirnya penunggang motosikal di Malaysia terutamanya mereka yang enggan menaik taraf ke enjin B (full) boleh merasai jentera berprestasi tinggi namun pada 250cc.

Nantikan pelancaran model tersebut pada 18 Disember ini menerusi laman Facebook Honda Motorcycles Malaysia.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan