Seorang penunggang motosikal yang ditahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan kerana motosikalnya tidak mempunyai brek belakang mendakwa, “Brek patah sendiri.”
Dia bertambah dia tidak membuang atau mengubahsuai motosikalnya, dan berjanji akan memasang alat ganti baharu selepas menerima gajinya.
Selain daripada itu, motosikal pekerja kilang itu juga tidak mempunyai cermin sisi langsung, serta tiada nombor pendaftaran di depan motosikal.
Lelaki berusia 19 tahun itu antara antara pengguna jalan raya yang diambil tindakan dalam Operasi Khas Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Besi, pada hujung minggu lepas. Dia berkata di di dalam perjalanan pulang dari ibu kota ke rumahnya di Tanjung Minyak, Melaka.
Katanya, dia bersiar-siar ke Sendayan, Negeri Sembilan sebelum mengambil peluang cuti hujung minggu untuk makan di Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kesalahan teknikal seperti tayar dan brek menjadi kesalahan yang kerap dalam setiap operasi dilakukan pihaknya.
“Semua pengguna dan pemilik kenderaan atau pemilik syarikat kenderaan diingatkan supaya sentiasa memeriksa kenderaan mereka untuk keselamatan masing-masing termasuk pengguna lain,” katanya ketika operasi bersepadu berkenaan.