Cardo menduduki tangga teratas dalam pasaran interkom motosikal dan mereka terus mengalihkan titik perbandingan daripada segi ciri dan inovasi dengan pelancaran Cardo Packtalk Pro yang dinanti-nantikan. Ia dijual pada harga runcit yang disyorkan RM2,099.00.
Ketibaannya diumumkan oleh pengedar rasmi di Malaysia, Sinar Puncak Sdn. Bhd. semasa majlis pelancaran di Backroom Coffee.
Ciri-ciri utama:
- Cardo Packtalk Pro mempunyai cip pengesan kemalanagan (crash detection). Cip ini mengukur dan merekodkan daya pecutan, halaju sudut dan gerakan tidak normal secara berterusan. Oleh itu, unit akan meminta bantuan sekiranya penunggang hilang upaya setelah terbabit di dalam kemalangan.
- Pembesar suara (speaker) JBL 45mm baharu dapat memberikan pengalaman terbaik dalam kualiti bunyi, menurut Cardo.
- Ciri Auto ON/OFF yang menghidupkan dan mematikan peranti secara automatik berdasarkan syarat tertentu untuk memanjangkan hayat bateri.
- Masa bercakap adalah sehingga 13 jam, manakala pengecasan penuh mengambil masa sehingga 2 jam. Selain itu, pengecasan pantas selama 20 minit menyediakan masa bercakap selama 2 jam untuk anda yang “Alamak! Saya terlupa mengecasnya!”
- Ciri interkom berkumpulan Dynamic Mesh Communication (DMC) yang sangat dibanggakan oleh Cardo menyokong sehingga 15 pengguna.
- Terdapat sambungan 2 saluran, satu untuk telefon mudah alih dan GPS, manakala satu lagi menyokong sambungan Bluetooth 5.2 dan berpasangan dengan TFT motosikal.
- Semua ciri ini dan banyak lagi (termasuk arahan suara terbina dalam) ditempatkan dalam sarung dengan tahap perlindungan IP67 yang berwarna hitam.
Sekali lagi, harga yang disyorkan ialah RM2,099.00 untuk pek satu unit peranti, dan boleh didapati di pengedar sah mulai September 2024 dan seterusnya.
Sila lawati akaun-akaun media sosial berikut untuk keterangan lanjut:
Facebook: https://www.facebook.com/cardosystemmy
Instagram: https://www.instagram.com/cardo_malaysia/
Cardo Malaysia Authorized Dealers: https://bit.ly/cardoMYauthorisedsite