Casis BMW M 1000 RR (2025) yang baharu diumumkan mungkin akan diharamkan oleh FIM untuk digunakan di dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK).
Ini ialah kerana BMW telah menggunakan casis perlumbaan yang berlainan daripada M 1000 RR yang dijual kepada khayalak ramai. BMW telah diberikan manfaat ‘superconcessions‘ pada tahun-tahun sebelumnya kerana mereka belum mencapai keputusan yang konsistan itu sehinggalah Toprak Razgatlıoğlu memenangi kejuaraan untuk BMW pada 2024.
Selepas itu, BMW telah menggunakan casis baharu yang diperkembangkan daripada casis M 1000 RR (2024) untuk membangunkan casis untuk M 1000 RR (2025) untuk perlumbaan musim ini.
Peraturan WSBK menekankan bahawa casis yang digunakan di dalam perlumbaan wajib sama dengan motosikal yang dijual kepada khayalak ramai.
Oleh itu, difahamkan bahawa pasukan-pasukan pesaing yang terdiri daripada Ducati, Kawasaki, Honda, Yamaha, dan Bimota telah membuat bantahan kepada FIM dan Dorna mengenai keputusan BMW.
Pada masa ini, FIM dan Dorna belum membuat keputusan mengenai isu ini dan belum lagi menerbitkan peraturan baharu untuk musim ini tetapi peraturan mengenai casis motosikal dan superconcessions telah berjalan sekian lama. Jika ya, casis BMW M 1000 RR (2025) ini diharamkan, BMW hendaklah menggunakan casis motosikal jalanan 2024.