Seorang YouTuber di India, disahkan maut setelah mengalami kemalangan ketika cuba mencapai kelajuan 300km/j menggunakan jentera Kawasaki ZX-10R miliknya.
Mangsa, Agastay Chauhan, merupakan pemilik saluran YouTube, Pro Rider 1000 dengan 1.25 juta pengikut.
Menurut laporan, Chauhan disahkan maut setelah percubannya untuk mencapai kelajuan 300km/j dengan jentera ZX-10R berakhir dengan kemalangan apabila motosikalnya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan.
Sebelum ini, YouTuber berusia 25 tahun itu juga pernah memenuhi dada akhbar apabila didapati melakukan aksi berbahaya di jalan raya awam pada Mac tahun ini. Dia juga dikecam kerana tidak memakai ‘riding gear’ yang betul. – Times Of India