Suka atau tak suka, Valentino Rossi adalah legenda MotoGP. Tidak menghairankan bahawa masih terdapat banyak jenama yang berminat untuk terus bekerjasama dengannya, termasuk penyokong lamanya, Dainese. Dan untuk memperingati hari lahirnya yang ke-46, syarikat Itali itu telah melancarkan sut perlumbaan edisi terhad Soleluna Vale46 Anniversario dan topi keledar AGV (AGV di bawah Dainese).
Sut baharu itu menggunakan butiran rekabentuk tanda dagangan terkenal Rossi, seperti motif matahari dan bulan. Matahari dan bulan (oleh itu Soleluna) menandakan terang dan gelap, yang Rossi telah menyamakan personalitinya di dalam dan di luar trek.
Motif-motif tersebut menghiasi sut Dainese Demone GP D-air 3x, yang diperbuat daripada kulit kanggaru. Apa yang kita boleh lihat, sut itu mempunyai perincian emas yang lebih banyak berbanding kuning pendarfluor tandatangan Rossi, jadi pemakainya tidak kelihatan seperti ‘pen highlighter‘ sebagaimana pengulas MotoGP Julian Ryder menggelarnya. Topi keledar itu ialah AGV Pista GP RR, yang menampilkan asas hitam dan karbon dengan perincian daun emas yang unik bersama dengan warna kuning pendarfluor yang terkenal itu.
Hanya 46 set sut dan helmet ini akan dihasilakn. Bagaimanapun, Rossi tidak akan mendapat yang pertama. Sebaliknya, set yang pertama dengan nombor siri 01/46 adalah untuk lelongan amal khas yang akan memanfaatkan badan amal yang dipilih oleh Dainese dan The Doctor.
Ironinya, sut itu tidak sesuai untuk menunggang jalan atau trek mengikut Dainese, jadi ia adalah hanya untuk pengumpul. Mereka akan mula dijual di kedai Dainese yang dipilih khas, kedai VR46, muzium, litar lumba dan galeri seni. Setiap pembelian akan dilengkapkan dengan sijil ketulenan dan setiap sut serta topi keledar ditandatangani oleh Rossi sendiri. Pengilang tidak mendedahkan harga set sut dan topi keledar, yang bermaksud ia adalah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh kebanyakan kita (termasuk kami!).
Source: Visordown.com