Bikesrepublic

Dani Pedrosa Sah Jadi Penunggang Uji Bagi Pasukan Red Bull KTM

  • Pada bulan Jun yang lalu, Dani Pedrosa telah mengumumkan bahawa dia akan bersara dari perlumbaan MotoGP pada penghujung musim 2018.
  • Dani, yang baharu sahaja memasuki usia 33 tahun, telah berjaya menaiki podium MotoGP sebanyak 33 kali, namun tidak pernah memenangi kejohanan dunia tersebut.
  • Pasukan Bull KTM telah merebut peluang ini dan mengambil Dani sebagai penunggang uji rasmi mereka bagi membangunkan jentera perlumbaan KTM RC16 mereka.
  • Dia akan bekerjasama dengan penunggang kelahiran Finlad, Mika Kallio.

Dani Pedrosa mungkin tidak pernah memenangi kejohanan dunia MotoGP tetapi, saban tahun, dia adalah antara pencabar utama bagi kejuaraan ini, dan hampir memenanginya beberapa kali. Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa Dani adalah salah seorang penunggang terhebat di atas grid Grand Prix pada masa ini, jadi ianya agak menyedihkan apabila dia telah mengumumkan bahawa dia akan bersara menjelang penghujung musim 2018.

MotoGP: Dani Pedrosa Bersara

Namun, seperti mana kebanyakan penunggang hebat yang lain, persaraan tidak bermakna pengakhiran penglibatannya dalam kancah perlumbaan MotoGP, tetapi adalah satu permulaan bagi cabang lain dalam dunia ini. Dan bagi Dani Pedrosa, permulaan cabang baharu itu adalah bersama pasukan Red Bull KTM.

Pasukan dari Austria tersebut baru-baru ini telah mengumumkan bahawa penunggang semasa bagi pasukan Repsol Honda tersebut akan menjadi penunggang uji rasmi bagi pasukan MotoGP berkenaan pada tahun 2019 dan 2020.

Pedrosa, yang telah bertanding dalam kelas premier ini selama 13 musim, akan bekerjasama dengan penunggang kelahiran Finland, Mika Kallio, bagi membangunkan jentera perlumbaan KTM RC16, yang telah dipertaruhkan dalam siri perlumbaan MotoGP sejak tiga tahun yang lalu.

Pedrosa, yang baharu sahaja mencecah usia 33 tahun, telah memperolehi lebih daripada 30 kemenangan MotoGP dan lebih 50 kemenangan dalam ke semua kelas. Dia telah merangkul tiga kejohanan dunia namun tiada antaranya dalam kelas premier, dan telah berjaya menaiki podium MotoGP lebih daripada 110 kali.

Sumber: MotoGP

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube