Bikesrepublic

Denda RM486,000 Sebab ‘Cucuk Angin’

Baru-baru ini, seorang seorang peguam berhadapan dengan denda RM486,843.91 (AS$109,500) kerana didapati mengikut kenderaan di depannya dengan terlalu dekat.

Di Malaysia makin hari makin ramai pemandu yang suka mengikuti rapat atau lebih dikenali sebagai ‘cucuk angin’ ketika memandu di atas lebuh raya. Ia merupakan suatu tindakan yang merbahaya walaupun jika pemandu kenderaan di hadapan sedang ‘santai’ atau “mencari rumah sewa.” Tindakan ini tidak diendahkan oleh penguatkuasa di Malaysia, tetapi, lain ceritanya di Switzerland.

Denda itu lebih dua kali ganda nilai kereta dipandunya ketika kejadian. Undang-undang Switzerland yang ketat dan denda dikira berdasarkan pendapatan bercukai pesalah. Dalam kes ini, lelaki tersebut berasal dari Aargau, utara Switzerland yang bersempadan Jerman sedang memandu sebuah BMW 540d.

Berdasarkan pertuduhan di mahkamah, peguam itu didakwa memandu terlalu dekat dengan kenderaan di hadapannya pada 9.35 pagi, bulan Mac 2023 di lebuh raya A1, berhampiran daerah Kölliken AG. Video yang diambil oleh polis menunjukkan yang dia mengikut rapat kenderaan di lorong memotong sejauh 2.6 kilometer pada kelajuan 110 hingga 120 km/j, dengan jarak antara kenderaan dianggar lapan hingga dua belas meter.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman ke atasnya pada Ogos tahun lalu, iaitu denda bersyarat 50 kali kadar harian 1,970 Swiss Franc (keseluruhan 98,500 Swiss Franc) dengan tempoh percubaan dua tahun. Dia juga perlu membayar denda tambahan 10,000 Swiss Franc.

Lelaki itu merayu sehingga Mahkamah Agung Persekutuan namun ditolak dengan hakim Lausanne yang dilapor pada Khamis berkata, “rayuan itu tidak berasas.”

Menurut portal Bluewin, hakim mengekalkan alasan Mahkamah Tinggi yang menurutnya tingkah laku pemanduan lelaki itu menyebabkan risiko serius kepada keselamatan orang lain.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube