Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) telah mengumumkan dua warna baharu tambahan untuk Honda Rebel (2024) yang juga dikenali sebagai CMX500. Warna-warna baharu itu digelar Mat Laurel Green Metallic dan Seal Silver Metallic. Ini menjadikan pilihan warna yang ada kepada tiga, termasuk Mat Gunpowder Black Metallic yang sedia ada.
Ciri-ciri
- Enjinnya kekal tidak disentuh, justeru ia masih 471cc, penyejuk cecair, berkembar selari yang memberikan 43Nm tork pada 6,500 RPM dan 34kW (45.6hp) kuasa maksimum pada 8,500 RPM.
- Sudah tentunya sistem bahanapi enjin ini merupakan PGM-FI (Suntikan Bahan Api Terprogram) Honda yang telah lama wujud. Pengilang berkata ia membantu menjimatkan bahanapi, dan mengurangkan pelepasan, antara beberapa faedah lain.
- Sesuai dengan peranannya sebagai motosikal cruiser, enjinnya ditala untuk tork yang kuat pada RPM rendah dan sederhana, bukannya untuk kuasa maksimum.
- Pencahayaan LED keseluruhannya, termasuk lampu depan yang bulat.
- ABS dwi-saluran (depan dan belakang) sebagai ciri standard.
- Meter kelajuan ditetapkan dalam dail 100mm dengan paparan LCD negatif dan lampu latar putih yang memaparkan kedudukan gear dan penggunaan bahan api.
- Tangki minyak jenis ‘peanut‘ memuatkan 11.2 liter petrol.
Harga
Honda Rebel (2024) dijual daripada RM33,899 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Ia kini boleh didapati di semua pengedar Honda BigWing mulai sekarang.
Boon Siew Honda menyediakan waranti pembuatan dua tahun atau 20,000, yang mana dahulu. Sila layari https://hondabigbike.com.my atau hubungi nombor bebas tol mereka di 1-800-88-3993 untuk maklumat lanjut.