Bikesrepublic

Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 Tiba Di Malaysia! RM339,999

 

  • Dua buah unit motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 telah pun tiba di Malaysia pada awal hari ini.
  • Salah sebuah daripada motosikal tersebut telah pun dijual manakala sebuahnya lagi masih sedia menanti pemilik barunya.
  • Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Final Edition ini boleh didapati di Ducati Malaysia di Petaling Jaya, Selangor.

Apabila kita bercerita tentang motosikal Ducati terhebat yang pernah dihasilkan, Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 adalah selayaknya menjadi antara nama yang pertama di bibir peminat. Dengan prestasinya yang teramat hebat beserta dengan bilangannya yang terhad, tidak syak lagi model V-Twin Panigale yang terakhir ini ingin memastikan ianya diakhiri dengan gemilang.

Dilancarkan pada bulan Julai yang lalu, terdapat hanya dua buah model sahaja yang dikhaskan untuk pasaran Malaysia dan berdasarkan beberapa pengedar sah Ducati (serta laman Facebook mereka), motosikal-motosikal tersebut sudah pun berada di tanah air kita! Apa yang lebih mengejut adalah salah sebuah daripadanya telah pun terjual sebelum ianya diturunkan dari kontena kapal lagi!

Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 ini lebih kepada sebuah pelaburan berbanding liabiliti, seperti kebanyakan motosikal atau kenderaan yang lain. Ingin kami ingatkan, ramai yang ingin mendapatkan motosikal ini jadi anda perlu bertindak pantas sekiranya anda mahu memiliki model yang terakhir berada di dalam negara kita ini.

Walau bagaimana pun, ianya dengan satu syarat. Jika anda ingin menempahnya, bersedialah untuk membelanjakan RM100,000, kerana itulah jumlah yuran tempahannya. Nasihat kami, cari KoKo di Ducati Malaysia yang terletak di Naza Automall Petaling Jaya (bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan) dan dia akan dapat membantu anda menguruskan segala-galanya sekiranya anda serius ingin memiliki motosikal ini (atau mana-mana model Ducati yang lain).

Kemasan grafik tiga warnanya itu menjadikannya sebuah Panigale yang unik yang digabungkan dengan spesifikasi yang mirip sebuah Superleggera. Kelengkapan seperti karbon fiber di (hampir) keseluruhan bahagian dan enjin Superquadro L-Twin 1,285cc tu mampu menghasilkan sehingga 209hp! Ianya satu jumlah kuasa yang amat mengagumkan memandangkan motosikal tersebut hanyalah seberat 190kg.

Aspek paling menonjol pada motosikal Final Edition ini adalah paip ekzos berkembar Akrapovicnya yang digelar “The Shotgun”. Diilhamkan oleh pasukan pengilang Ducati dalam siri WorldSBK (Aruba-it Racing), ekzos Akrapovic berkenaan telah dibangunkan secara khusus untuk Chaz Davies dan jentera perlumbaan Ducati Panigale R mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 ini, tekanlah pautan yang ada di bawah. Jika anda berminat serta ada dana untuk memilikinya, kami cadangkan anda bersegera ke bilik pamerannya kerana tinggal satu sahaja lagi!

Memperkenalkan Ducati 1299 Panigale R Final Edition!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube