Bikesrepublic

Ducati Diavel 1260 2019 Diperkenalkan – Jentera Muscle Itali Sejati 159hp!

  • Generasi terkini Ducati Diavel 1260 2019 telah diperkenalkan dengan lebih banyak kuasa dan keanggunan.
  • Tarikan terbesarnya adalah enjin ‘L-Twin’ Ducati Testastretta DVT 1,262cc yang menghasilkan 159hp dan 126Nm tork.
  • Pakej elektroniknya telah dipertingkatkan dengan ketara, dengan spesifikasi seperti Cornering ABS, Wheelie Control, Power Launch Control, dan bermacam-macam lagi.

Inginkan sebuah jentera muscle Itali yang sejati? Anda tidak tercari-cari lagi dengan adanya Ducati Diavel 1260 2019, yang mana merupakan motosikal power cruiser generasi berikutnya dari Ducati dengan lebih kuasa dan kelincahan dari sebelum ini. Seperti mana yang telah dinyatakan oleh Ducati, “Model Diavel 1260 baharu ini menggabungkan prestasi motosikal maxi-naked dengan ciri ergonomik sebuah motosikal muscle cruiser”.

Dianggap sebagai sebuah model Ducati yang amat anggun dengan sedikit sentuhan ‘hooligan’, motosikal Diavel 1260 baharu dilengkapi dengan elemen reka bentuk yang membantu dalam menyerlahkan lagi rupa bentuknya yang kekar, garisan tajam yang diperhalusi, dan sebuah jentera 244kg yang boleh di bawa ke ‘drag strip’ mahu pun ke panggung opera tanpa ianya kelihatan canggung.

Tarikan terbesar motosikal Ducati Diavel 1260 2019 ini terletak kemas di tengah-tengah kerangka paip keluli trellis yang dirombak semula, iaitu enjin ‘L-Twin’ Ducati Testastretta DVT 1,262cc. Ianya menghasilkan kuasa kuda maksimum sehingga 159hp pada 9,500rpm dan 129Nm tork pada 7,500rpm, yang mana menawarkan prestasi penunggangan yang amat mengujakan atas jasa lengkungan torknya yang mendatar dan pada masa yang sama, konsisten (dan juga dengan jasa pendikit ‘Ride-by-Wire’ yang diolah semula).

Bagi memastikan keseluruhan kuasanya itu dapat dikawal secara berkesan oleh penunggang, Ducati juga turut mempertingkatkan pakej elektronik Ducati Diavel 1260 2019 (Ducati Safety Pack) dengan pelbagai kemaskini, antaranya ialah:

  • Bosch Cornering ABS EVO.
  • Kawalan Cengkaman Ducati EVO (DTC).
  • Mod Penunggangan boleh pilih.
  • Mod Kuasa.
  • Ducati Wheelie Control EVO (DWC).
  • Ducati Power Launch Control EVO (DPL).

Bagi model Ducati Diavel 1260 S 2019 pula, berikut adalah kelengkapan tambahan yang datang sebagai standard:

  • Pakej suspensi boleh laras sepenuhnya Öhlins.
  • Ducati Quick Shift atas/bawah EVO (DQS).
  • Lampu Nyalaan Siang (Daytime Running Light – DRL).
  • Lampu isyarat batal kendiri.
  • Sistem Multimedia Ducati.
  • Angkup M50 monobloc Brembo (M4.32 bagi model Diavel 1260 asas).

Secara keseluruhannya, motosikal Ducati Diavel 1260 2019 ini berjuruskan prestasi berasaskan perlumbaan yang digandingkan dengan tahap keselesaan yang memberikan keseronokan dan keterujaan penunggangan yang lebih hebat. Anda mahukannya? Kami pun sama! Atau, anda lebih gemari Ducati Panigale V4 R 2019?

Ducati Panigale V4 R 2019 Buat Kemunculan Pertama Di World Ducati Premiére 2019!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan