Bikesrepublic

Ducati Malaysia Melancarkan Roadshow Seluruh Negara

  • Bermula hari ini, Ducati Malaysia akan memulakan roadshow ke seluruh negara bagi memperagakan keseluruhan motosikal dan produk mereka yang hebat.
  • Hentian pertama dalam roadshow ini adalah di One Utama (New Wing) dari hari ini (24 Mei 2017) hingga Ahad ini (28 Mei 2017).
  • Para penggemar dan peminat Ducati boleh melihat sendiri Multistrada 950 terbaru dan Monster 797 sebelum ianya dijual secara rasmi lewat tahun ini.


Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd) telah memulakan roadshow ke seluruh pelusuk tanah air bermula hari ini. Sebagai pengedar tunggal motosikal Ducati di Malaysia, hentian pertama dalam roadshow Ducati ini akan diadakan hari ini di One Utama (New Wing) dari 24 Mei 2017 hingga Ahad ini, 28 Mei 2017.

Apakah yang begitu istimewa mengenai roadshow Ducati ini? Para peminat serta penggemar akan mendapatkan peluang pratonton beberapa model terkini sebelum ianya dikeluarkan secara rasmi  dan ianya telah dijadualkan untuk berlangsung selepas acara roadshow ini. Model pertama bagi tahun 2017 adalah sebuah model yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai, Ducati Multistrada 950 2017.

Ducati Multistrada 950 akan menjadi motosikal terbaru dalam keluarga motosikal pelbagai fungsi Ducati yang telah direka untuk menawarkan kesemua perwatakan menarik sebuah Multistrada tetapi dengan lebih kebolehupayaan. 950 ini sempurna bagi mereka yang inginkan sebuah jentera kembara yang sesuai untuk ditunggang bersama pembonceng. Ianya juga cukup bagus untuk kegunaan harian.

Ducati Malaysia telah menetapkan harga runcit bagi Multistrada 950 2017 ini pada RM85,900.

 

Selain itu, bagi mereka yang mencari sesuatu yang lebih garang, lebih liar, dan lebih kekar, kunjungilah NAZA World Automall yang terletak di Petaling Jaya untuk melihat sendiri tambahan terkini dari rangkaian Monster; Monster 797 2017.

Jiwa sebenar Monster yang padat, berkuasa dan juga bergaya serta moden boleh dilihat pada Monster terbaru ini. Apa yang lebih istimewa tentang 797 ini adalah ianya sebuah motosikal yang sempurna bagi mereka yang mencari motosikal besar pertama mereka dari jenama Ducati.

Anda berminat? Ducati Malaysia telah menetapkan harganya pada harga RM55,900 yang berpatutan.

Roadshow ini akan diteruskan di hentian keduanya di Johor Bahru yang mana ia akan diadakan pada minggu kedua bulan Jun, diikuti dengan Pulau Pinang pada minggu ketiga bulan Jun dan akhir sekali di Stadium Sultan Muhammad IV di Kelantan pada 7 dan 8 Julai semasa Kelantan Bike Week.

Bagi membantu mengurangkan kos pemilikan, Ducati Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kempen Smart Service, yang menawarkan kepada pelanggan yang layak, pelincir percuma dan perkhidmatan servis percuma selama 2 tahun, atau hingga 30,000km termasuklah servis DESMO (yang mana tiba dahulu), dengan terma dan syarat. Penjimatan ini juga disertakan dengan waranti 2 tahun ( tanpa had pembatuan).

Bermula pada bulan Jun, kdua-dua motosikal Ducati Multistrada 950 dan Monster 797 terbaru akan mengelilingi Malaysia bersama dengan roadshow seluruh negara yang dijadualkan. Kunjungilah ia dan anda pasti tidak akan menyesal.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan