Bikesrepublic

Ducati Menubuhkan Bahagian Off-Road Untuk Menguruskan Projek MotoCross

Selepas pengumuman baru-baru ini mengenai projek terbaru yang melibatkan pelbagai model off-road yang akan dilancarkan dalam masa terdekat, Ducati telah membuat keputusan strategik untuk memanfaatkan pertandingan motocross kebangsaan sebagai sebahagian penting dalam pelan pembangunan produknya.

Dengan rancangan untuk menyertai pertandingan motocross seawal 2024, inisiatif ini termasuk penggunaan prototaip 450 yang telah di handover kepada Alessandro Lupino, dengan kerjasama Antonio Cairoli sebagai test rider prestasi tinggi.

Sebagai sokongan terhadap usaha ini, Ducati secara rasmi telah menubuhkan bahagian Off-Road dalam Ducati Corse. Bahagian yang baru ini akan bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan dan pengurusan program sukan motocross yang komprehensif, termasuk penyertaan dalam Kejuaraan Dunia MXGP dan Kejuaraan AMA Supercross dalam beberapa tahun akan datang.

Paolo Ciabatti, yang pernah menjadi Pengarah Sukan Ducati Corse dari 2013 hingga 2023, telah dipanggil untuk mengisi jawatan Pengurus Besar Ducati Corse Off-Road yang baharu. Diberi tanggungjawab untuk membawa syarikat Borgo Panigale ke arah kejayaan dalam dunia perlumbaan off-road, Ciabatti akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali.

Selain dari tugas baru beliau, Ciabatti akan juga bertanggungjawab untuk mengkoordinasikan usaha sukan Ducati dalam kejohanan SBK dan SSP kebangsaan, termasuk MotoAmerica, British Superbike, All-Japan Superbike, Australian Superbike, dan CIV sepanjang tahun 2024.

Sementara itu, Mauro Grassilli, Ketua Pemasaran dan Sponsorship di Ducati Corse, akan mengambil peranan berbilang sebagai Pengarah Sukan, Pemasaran, dan Komunikasi dalam Ducati Corse.

Melapor terus kepada Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’Igna, Grassilli akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah strategik penglibatan Ducati dalam perlumbaan off-road.

Ducati Corse kekal kukuh dalam komitmennya untuk menguruskan kejohanan MotoGP dan WorldSBK secara serentak. Objektif keseluruhan adalah untuk membina kejayaan seterusnya yang telah menjadi sinonim dengan tahun-tahun terkini syarikat Borgo Panigale itu.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan