Bikesrepublic

Ducati Multistrada V4 Kini Di Malaysia – Dari RM135,900

Ducati Malaysia menerusi Next Bike Sdn Bhd akhirnya merasmikan Ducati Multistrada V4 S untuk pasaran tempatan.

Ducati Multistrada V4 S merupakan motosikal segmen adventure yang telah pun dilancarkan secara global menerusi Ducati World Premier hujung tahun lalu.

Ducati Multistrada V4 S ini didatangkan dengan enjin serba baharu, dinamakan Granturismo V4 yang bersesaran 1,158cc yang menawarkan 170hp pada 10,500rpm dan 125Nm pada 8,750rpm.

Unit ini tidak lagi mengguna pakai injap Desmodromic seperti jentera Ducati lain sebaliknya menerapkan injap spring (valve spring) sekaligus meletakkan ‘major service interval’ berada pada 60,000km berbanding 30,000km sebelum ini.

Menurut Ducati, Multistrada V4 S ini mengguna pakai kerangka jenis ‘monocoque’ dan subframe jenis steel trellis dengan tayar belakang disokong oleh swingarm double-sided jenis aluminium.

Varian V4 didatangkan dengan fork depan (inverted) 50mm dan monoshock serta ‘cantilever’ dari Marzocchi dengan kedua-duanya boleh laras sepenuhnya (fully adjustable).

Manakala varian V4 S lengkap dengan sistem Ducati Skyhook Suspension separa-aktif yang telah dinaik taraf dengan fungsi auto-leveling.

Antara ciri paling mencuri tumpuan pada model baharu ini adalah penggunaan sistem radar dari Bosch (depan dan belakang) yang menawarkan fungsi ‘adaptive cruise control’ serta blind spot detection yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan empat roda.

Model ini turut dilengkapi dengan cornering ABS oleh Bosch 10.3 ME dengan tiga tahap pelarasan manakala sistem brek dikendalikan kaliper Brembo empat piston (Brembo Stylema pada V4 S) dengan cakera brek 330mm.

Multistrada V4 S juga didatangkan dengan tayar Pirelli Scorpion Trail II (120/70-19 depan dan 170/60-17 belakang) namun Ducati turut menawarkan rim jenis spoke bagi model S.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • penghadang angin boleh laras
  • lampu LED dengan DRL
  • tempat duduk boleh laras
  • tangki 21L
  • wheelie control
  • traction control
  • empat mod tunggangan (Sport,Touring, Urban dan Enduro)
  • Vehicle Hold System

Menurut Ducati Malaysia, harga bagi Multistrada V4 S ini bermula dari RM135,900.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube