Bikesrepublic

Ducati Panigale V4 2018 Kini Dibuka Untuk Tempahan! Dari RM133,900 – RM359,900

  • Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengandaikan bahawa motosikal Ducati Panigale V4 2018 telah dibuka untuk tempahan.
  • Dengan harga runcit semasa beserta GST pada RM133,900 hingga RM359,900, anda kini boleh mula membuat tempahan untuk motosikal Panigale V4, V4 S, dan V4 Speciale.
  • Dijana oleh enjin 1,103cc, Desmosedici Stradale V4 90 darjah, evolusi terkini Panigale ini menghasilkan 212hp hingga 226hp.

Satu pos Facebook terkini oleh Ducati Pulau Pinang telah mengesahkan motosikal Ducati Panigale V4 2018 terkini yang ditetapkan pelancarannya di dalam enam bulan pertama tahun ini telah pun mula menerima tempahan untuknya. Dalam pos Facebook berkenaan, Ducati Pulau Pinang telah menyatakan harga runcit semasa beserta GST untuk ketiga-tiga model Panigale V4 berkenaan.

Bagi model asas Ducati Panigale V4, harganya telah ditetapkan pada RM133,900. Bagi mereka yang berminat dengan model Panigale V4 S, bersiap sedialah untuk membelanjakan sekitar RM173,00, yang mana ianya akan didatangkan lengkap dengan suspensi elektronik keseluruhan Ohlins, sub kerangka magnesium, bateri litium-ion, serta roda aluminium tempa Marchesini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Ducati Panigale V4 dan V4 S, TEKAN SINI.

Jika anda berminat untuk mendapatkan yang terbaik di antara yang terbaik, anda boleh membuat tempahan untuk Ducati Panigale V4 Speciale 2018, yang datang dengan tanda haga RM359,900. Motosikal Panigale V4 muktamad ini hanya terhad kepada 1,500 unit seluruh dunia.

DU 2017-10-03 1409

Untuk harga premium itu, anda akan mendapat ekzos titanium sistem sepenuhnya Akrapovic dan sepasang roda magnesium. Ini akan menjadikan motosikal Speciale tu 10kg lebih ringan dan penambahan sebanyak 12hp yang mana menjadikan jumlah keseluruhannya sehingga 226hp, yang dihasilkan oleh enjin 1,103cc Desmosedici Stradale 90 darjah V4, aci engkol berputar ke arah belakang, 4 injap yang digerakkan secara desmodromik bagi setiap silinder, sejukan cecair.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai motosikal Ducati Panigale V4 Speciale 2018, TEKAN SINI.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube