Bikesrepublic

Ducati Panigale V4 Mungkin Lebih MAMPU MILIK Buat Warga Malaysia!

 

  • Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia.
  • Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia nanti.
  • Khabar angin serta desas desus telah mengatakan yang ianya mungkin sekali jauh lebih murah daripada apa yang kami sangkakan dengan harganya mungkin sekali ditetapkan pada paras RM150,000 atau serendah RM120,000.

 

Semenjak berita kemunculan motosikal Ducati Panigale V4 tersebar di seluruh dunia pada awal tahun ini, orang ramai telah pun mula bercakap mengenainya tanpa henti, sama ada mengenai teknologi MotoGP yang bakal diterapkan pada motosikal berkenaan sehinggalah ke jumlah yang perlu dikeluarkan bagi memiliki sebuah motosikal superbike empat silinder yang julung kalinya dikilangkan oleh jenama Ducati itu.

Beberapa buah gambar intipan motosikal Ducati Panigale V4 telah pun muncul di atas talian pada bulan Jun yang lalu dan publisiti itu telah diatur dengan baik sekali sehinggalah sewaktu pengenalan enjin sebelum motosikal itu siap dibina. Dinamakan “Desmosedici Stradale”, enjin itu berkapasiti 1,103cc dan menjana sehingga 212hp serta 120Nm tork maksima.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai enjin Desmosedici Stradale V4 beserta videonya, TEKAN SINI.

Ducati kemudiannya telah memutuskan untuk membuat kejutan sejurus sebelum Pertunjukan EICMA 2017 di Milan dengan bukan sahaja memperkenalkan sebuah motosikal Panigale V4, tetapi tiga buah model yang cukup mempersonakan; model Panigale V4 standard, Panigale V4 S, serta model edisi terhad Panigale V4 Speciale.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pelancaran rasminya itu, TEKAN SINI.

Kami berjaya mendapatkan maklumat mengenai harga motosikal ini di pasaran Eropah, dan seperti yang dijangkakan, ianya tidak murah. Untuk model yang standard, anda perlu menyediakan wang sebanyak €22,590 (RM110,182) manakala bagi versi S pula akan menelan belanja sekitar €27,890 (kira-kira RM136,055). Ingin memiliki motosikal Panigale V4 Speciale edisi terhad? Jika di Eropah, anda perlu menyediakan sejumlah €39,900 (RM194,608) dan itu pun sekiranya anda benar-benar bertuah dan cukup pantas dalam menempahnya sebelum ianya habis dijual.

Berminat dengan Ducati Panigale V4 Speciale 2018? TEKAN SINI untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

Menurut sumber yang boleh dipercayai, harga yang ditetapkan untuk motosikal Panigale V4 terbaru ini jauh lebih mahal berbanding dengan model Ducati 1299 Panigale yang bakal ditamatkan pengeluarannya. Kita sudah sedia maklum yang harga motosikal 1299 Panigale di Malaysia adalah RM172,999 (harga asas beserta GST), dan kita telah andaikan yang sebaik sahaja rangkain motosikal Panigale V4 ini tiba di Malaysia, ianya akan ditetapkan di antara RM180,000 hingga RM250,000.

Kami telah melakukan siasatan dan telah menemui sesuatu yang menarik; khabar angin telah mengatakan yang ianya mungkin sekali lebih MURAH daripada apa yang kami andaikan sebelum ini. Melalui gosip-gosip panas dan sembang teh tarik, kami telah mendengar desas desus yang mengatakan motosikal Panigale V4 ini mungkin akan ditetapkan di bawah paras RM150,000 dan ia mungkin sekali ditetapkan serendah RM120,000!

Walaupun jumlah RM120,000 ini masih lagi satu jumlah yang amat besar untuk dibelanjakan bagi sebuah motosikal, ianya masih lagi sebuah tawaran yang amat menggiurkan, memandangkan motosikal ini adalah jentera yang paling hampir sekali kepada sebuah motosikal MotoGP yang boleh dimiliki oleh orang ramai. Terdapat beberapa buah motosikal Desmosedici RR yang berkeliaran di jalan raya namun ianya tidak dapat menandingi motosikal Panigale V4 ini dari segi pengeluaran mahu pun harganya.

Kami berasa cukup teruja dengan khabar angin ini namun kami hanya boleh tahu dengan pasti sebaik sahaja Ducati Malaysia membuat pengumuman rasminya pada tahun hadapan. Motosikal mempersonakan dengan harga yang amat menggiurkan, apa lagi yang anda mahukan?

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube