- Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019.
- Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England.
- Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
Motosikal Ducati Panigale V4 R 217hp tidak cukup laju untuk anda? Apa kata anda cuba model Ducati Panigale V4 RS19 ini?
Ducati Panigale V4 2018 Kini Dibuka Untuk Tempahan! Dari RM133,900 – RM359,900
Dilancarkan sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018, motosikal Panigale V4 RS19 ini bukan untuk jualan awam. Ianya kerana model ini merupakan sebuah jentera perlumbaan yang akan dikemudi oleh para penunggang pasukan pengilang Ducati, Alvaro Bautista dan Chaz Davies dalam siri perlumbaan World Superbike Championship (WorldSBK) bagi musim 2019. Ducati telah berusaha keras dalam merampas kembali mahkota kejohanan superbike, yang mana kali terakhir telah mereka dominasi pada tahun 90-an dahulu.
Perkara paling utama bagi sebuah jentera perlumbaan adalah kuasanya. Model homologasi Panigale V4 R mampu menghasilkan sehingga 217hp dalam bentuk standard, namun ianya boleh meningkat kepada 231hp dengan ekzos perlumbaan dan penalaan ECU-nya. Berdasarkan jumlah tersebut, model Panigale V4 RS19 ini sekurang-kurangnya mampu menghasilkan jumlah yang sama, atau mungkin sekali sekitar 250hp! Enjin ‘V-Four’-nya telah dibangunkan daripada enjin Desmosedici yang digunakan dalam siri perlumbaan MotoGP.
Keduanya, berat merupakan satu cabaran yang perlu diatasi dalam perlumbaan. Kita boleh jangkakan yang motosikal ini akan berada pada had berat 168kg yang telah ditetapkan oleh FIM. Ducati dengan bangganya telah memperagakan motosikal ini yang diliputi dengan karbon fiber.
Motosikal Panigale V4 R didatangkan dengan winglet pada reraupnya, membolehkannya dilengkapkan pada model Panigale V4 RS19 ini. Siri perlumbaan WorldSBK adalah siri perlumbaan berdasarkan pengeluaran, jadi, sesetengah perincian jentera perlumbaan perlu ada pada motosikal yang sah untuk kegunaan jalan raya.
Tangki bahanapi motosikal Panigale V4 RS19 juga telah digerakkan ke belakang dan tampak lebih besar bagi memberikan ruang untuk kotak udara. Bagi melindungi senjata terbaru mereka ini, Ducati tidak memberikan sebarang maklumat tambahan mengenai motosikal ini.
Nampaknya Jonathan Rea dan Kawasaki pasti berdepan dengan cabaran hebat bagi musim yang akan datang.