Bikesrepublic

DWP 2022: Ducati Streetfighter V2 Bakal Diperkenalkan

Ducati telah pun mengumumkan tarikh bagi Ducati World Premier 2022 yang akan disiarkan secara ‘web series’ seperti edisi sebelumnya.

Terdapat enam episod DWP 2022 berlangsung bermula dengan episod pertama berjudul ‘Your Everyday Wonder’ pada 30 September ini.

Diantara enam episod tersebut, Ducati mendedahkan episod akhir bakal memperkenalkan jentera serba baharu, DesertX yang merupakan motosikal segmen adventure dengan keupayaan ‘off-road’.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian kami adalah Episod 4 DWP 2022 yang berjudul ‘A New Fighter In Town’.

Ini kerana judul tersebut berkemungkinan besar merujuk kepada Ducati Streetfighter V2 yang sebelum ini telah pun dilihat menjalani ujian jalan raya bersama Multistrada V4 Pikes Peak Edition.

Streetfighter V2 merupakan motosikal jenis naked yang diadaptasikan daripada Streetfighter V4 namun dikuasakan enjin silinder berkembar 955cc Superquadro yang sama terdapat pada Panigale V2.

Walaupun tiada pengesahan ketika ini namun bergantung pada laporan media antarabangsa, episod empat DWP 2022 pastinya bakal mengesahkan khabar angin sebelum ini.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube