Adalah satu kelebihan apabila bukan sahaja berupaya menghasilkan sebuah motosikal malah turut mampu membangunkan enjin sendiri.
Pembangunan enjin sendiri membolehkan sebarang pengeluar motosikal termasuk Benelli, untuk membangunkan beberapa model berbeza namun berkongsi enjin yang sama.
Terbaru, Benelli mendedahkan motosikal naked baharu, Tornado Naked Twin (TNT) 500 di EICMA, pada Rabu.
Motosikal tersebut bernadikan enijn parallel-twin 500cc yang sama terdapat pada TRK502. Hasilnya, model baharu itu menawarkan 47.6hp pada 8,500rpm dan 46Nm pada 6,000rpm.
Enjin yang sama itu juga diguna pakai pada Leoncino 500 dan akan datang, MV Agusta Lucky Explorer 5.5 hasil kerjasama baharu dengan MV Agusta.
Menariknya, TNT 500 ini menampilkan rekaan serba baharu dan tidak mengikut acuan model TNT sedia ada.
Bahagian depan menempatlan lampu LED dengan DRL yang tampak moden dan futuristik seperti yang digayakan Suzuki GSX-8S.
Ciri lain ditawarkan termasuk:
- tangki 14L
- ekzos ‘underbelly’
- fork depan teleskopik 50mm
- monoshock belakang boleh laras (preload/rebound)
- cakera brek 320mm depan dan 260mm belakang
- rim 17-inci depan dan belakang
Benelli juga memberi kelengkapan moden pada TNT 500 termasuk skrin TFT dengan sambungan Bluetooth dan lampu LED penuh.
Menurut Benelli, TNT 500 2023 ini hanya akan mula dipasarkan pada separuh kedua tahun depan.