Moto Caballero oleh Fantic mendapat sentuhan baru untuk tahun 2024, membawa ciri-ciri baru yang menarik sambil mengekalkan reka bentuk klasik. Caballero 125 dan 500, terkenal dengan gaya retro kasar mereka dan enjin satu silinder.
Walaupun penampilan luaran nampak serupa dengan reka bentuk vintage yang menarik – terdapat beberapa perubahan menarik di dalam. Salah satu update besar ialah lampu hadapan LED dengan 24 LED, menjadikannya mudah dilihat di jalan-jalan yang gelap. Lampu isyarat dan lampu belakang juga menggunakan teknologi LED, menjadikannya lebih kelihatan apabila cahaya kurang terang.
Di kokpit, terdapat paparan LCD baharu sebesar 4 inci. Paparan ini menunjukkan perkara-perkara penting seperti gear yang digunakan, kelajuan, dan suhu. Selain itu, anda boleh connect smart phone anda melalui Bluetooth, supaya anda tidak terlepas panggilan atau mesej.
Dari segi kuasa, enjin telah diupdate untuk menjadikannya berjalan lebih lancar. Caballero 500 mendapat enjin mapping baharu untuk membuat tindak balas throttle lebih baik. Caballero 125 pula masih menggunakan enjin Minarelli dengan variable valve timing.
Caballero tahun 2024 juga lebih ringan dan memiliki lengan ayun aluminium yang lebih kuat dan lebih ringan daripada yang lama yang terbuat dari keluli. Caballero 500 kini hanya seberat 149 kilogram tanpa bahan api, menjadikannya salah satu motosikal yang paling ringan dalam kelasnya.
Caballero juga dilengkapi dengan ABS dua saluran, yang boleh dimatikan jika anda ingin memandu di off-road. Terdapat juga aplikasi baharu bernama Fantic Garage, di mana anda boleh mengawal dan memantau ciri-ciri serta penyelenggaraan motosikal menggunakan telefon pintar.
Kedua-dua motosikal akan dilancarkan pada tahun 2024. Mengenai waktu pelancaran di Malaysia, masih belum pasti. Kami pertama kali melaporkan tentang penubuhan syarikat itu pada tahun 2022, dan semakan online menunjukkan bahawa syarikat itu telah didaftarkan. Tetapi sejak itu tiada berita, jadi tidak jelas samada motosikal ini akan dibuat tersedia di Malaysia.