Bikesrepublic

Fast Bikes Lancar Triumph Trident 2021 Di Malaysia – Dari RM43,900!

Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia melancarkan Trident 660 untuk pasaran tempatan.

Menurut Fast Bikes, lebih 50 unit telah pun ditempah dengan motosikal terbabit akan sampai di pengedar 20 Februari ini.

Kemunculan semula Trident serba baharu ini menandakan langkah terbaru Triumph dalam mencabar segmen motosikal pertengahan yang sebelum ini didominasi motosikal Jepun, Kawasaki Z650 dan Yamaha MT-07.

Bagaimanapun, Triumph mengharapkan DNA enjin tiga silinder 660cc itu mampu meletakkan diri mereka sebagai pilihan utama segmen itu bagi 2021 apatah lagi diberi jolokan sebagai jentera ‘entry-level’ dengan harga berpatutan.

Triumph Trident didatangkan dengan enjin 3 silinder 660cc dengan penyejukkan cecair yang menghasilakn 80hp pada 10,250rpm dan 64Nm pada 6,250rpm.

Enjin tersebut merupakan unit yang diguna pakai pada Street Triple S namun telah dikemas kini secara besar-besaran lantas menyaksikan 90 peratus daripada tork dihasilkan dari 3,600rpm hingga 9,750rpm.

Kuasa enjin kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan dibantu dengan klac assist/slipper.

Triumph turut menawarkan opsyen quickshifter bagi pelanggan yang berminat.

Selain daripada penggunaan kerangka (frame) jenis tubular steel, Trident turut dilengkapi dengan fork depan (upside down) Showa 41mm serta mono-shock RSU dengan preload boleh laras.

Sistem brek dikendalikan oleh kaliper dua piston Nissin (depan) dengan cakera brek berkembar 310mm manakala kaliper brek satu piston (belakang) dengan cakera brek 255mm di samping Anti-lock Braking System (ABS) dua saluran.

Menurut Triumph, kerangka Trident ini adalah serba baharu dengan rekaan tersebut tidak pernah diterapkan pada mana-mana model syarikat itu sebelum ini.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • dua mod tunggangan – Rain/Road
  • lampu LED penuh (depan dan belakang)
  • modul Bluetooth
  • paparan TFT dengan rev-counter LCD
  • traction control

Sementara itu, Trident 2021 ini didatangkan dengan empat pilihan warna; Crystal White dan Sapphire Black serta Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice.

Triumph Motorcycles Malaysia menawarkan Trident ini pada harga beriku mengikut warna:

  • Crystal White dan Sapphire Black – RM43,900
  • Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice – RM44,900

Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun dengan perbatuan tanpa had dengan jarak waktu servis diletakkan pada 16,000km.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan