Bikesrepublic

Gambar Intipan KTM 1290 Super Duke GT 2018 Tersebar

 

  • Lebih banyak gambar intipan KTM 1290 Super Duke GT 2018 telah tersebar di atas talian baru-baru ini.
  • Model bagi tahun 2018 tampak seperti akan mendapat pelbagai kemaskini pada bahagian hadapannya terutamanya dengan lampu hadapan, reraup, dan penghadang angin yang baru.
  • Motosikal Super Duke GT 2018 ini dijangkakan akan dilancarkan pada penghujung tahun 2018 bagi mengemaskini motosikal berkenaan untuk setara dengan rangkaian KTM 1290 Super.

Motosikal KTM 1290 Super Duke GT telah berada di dalam pasaran sejak beberapa tahun yang lalu dan di mana motosikal dalam rangkaian 1290 KTM yang lain telah pun menjalani kemaskini moden yang amat diperlukan, Tiada sebarang berita yag sahih lagi tentang motosikal Super Duke GT berkenaan.

Sumber imej: MCN

Khabar angin telah pun bertiup buat beberapa ketika dan baru-baru ini, sebuah laporan yang telah diterbitkan oleh MCN telah mendedahkan satu perkara yang amat menarik. Tampaknya, mereka telah berjaya mendapatkan beberapa buah gambar intipan yang amat menarik sekali, gambar yang kami rasakan adalah motosikal KTM 1290 Super Duke GT 2018 yang bakal muncul tiba nanti.

Editor di laman saudara kami sendiri, Wahid Ooi Abdullah, telah menunggang motosikal KTM 1290 Super Duke GT yang semasa sewaktu Borneo Ride KMOG (KTM Malaysia Owners Group) 2017 pada bulan yang lalu dan motosikal GT berkenaan telah menjadi salah sebuah motosikal yang paling dia minati.

Untuk mendapatkan singkapan ringkas mengenai KMOG Borneo Ride 2017, TEKAN SINI.

Sebab mengapa motosikal ini begitu hebat adalah kerana KTM secara asasnya telah mengambil motosikal 1290 Super Duke R mereka dan jadikannya lebih mesra-kembara tanpa mengusik langsung enjin V-Twin 1,301cc mereka yang menakjubkan itu. Dari segi kuasa, motosikal Super Duke GT yang semasa menghasilkan 173hp dan 144Nm tork maksimum dengan berat bersihnya pada tahap 205kg.

Sumber imej: MCN

Kembali pada gambar-gambar intipan berkenaan, sebahagian daripada kemaskini dapat dilihat dengan jelas pada apa yang berkemungkinan sebuah model 2018, di mana unit lampu hadapan LED adalah yang paling ketara. Perubahan yang lain pada bahagian hadapannya yang dapat kita lihat adalah reraup hadapan yang telah direka semula, yang mana ianya lebih rendah tetapi masih tampak garang, serta penghadang angin yang baru. Kami agak yang KTM sedang merancang untuk menjadikan 1290 Super Duke GT yang baru ini lebih selesa untuk perjalanan jarak jauh.

Sumber yang boleh dipercayai yang lain pula ada mengatakan yang motosikal GT terbaru itu akan didatangkan dengan skrin TFT KTM untuk panel meternya, seperti mana yang ada pada keluarga KTM 1290 Super 2017 yang lain. Melihat kembali pada Super Duke GT semasa yang dilengkapi dengan pelbagai alat bantu elektronik seperti kawalan stabiliti, kawalan cengkaman, dan pengatur gelinciran motor, model 2018 juga dijangka akan mempunyai beberapa kemaskini elektronik.

Oleh kerana KTM 1290 Super Duke GT yang semasa telah ditetapkan harganya pada RM125,080 (harga asas beserta GST), kami menjangkakan yang model terbaru akan berada di jangkauan tanda harga yang sama atau mungkin sekali lebih mampu dimiliki. Memandangkan yang motosikal KTM 1290 Super Duke R 2017 dan Super Adventure S berada pada harga RM118,000 dan RM115,000 (harga asas beserta GST), kami berharap yang model 2018 akan mengejutkan semua orang dari segi pakej keseluruhannya, termasuklah harganya.

Teruskan kekal setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini. Buat masa ini, bacalah ulasan kami mengenai motosikal 1290 Super Duke GT semasa dengan menekan SINI!

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube