Bikesrepublic

Gesaan Mansuhkan Tol Gombak, Karak Tangani Kesesakan

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) menggesa kerajaan mansuhkan tol Gombak dan Karak bagi mengurangkan kesesakan di lebuh raya tersebut.

Menurutnya, pengguna yang mahu menggunakan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), mereka terpaksa berhenti di empat tol.

“Sebagai contoh, di lebuh raya pantai timur, kita ada empat tol yang pengguna terpaksa berhenti. Tol Gombak, Tol Bentong, Tol Karak dan laluan keluar. Sedangkan untuk meringankan beban pengguna, sepatutnya kerajaan menggunakan dua kaedah. Sewaktu masuk dan waktu keluar sahaja.

“Dua tol perlu dihapuskan. Tol Gombak dan tol Karak tidak perlu diadakan sebab ia melambatkan dan menyesakkan,” katanya semasa sesi perbahasan titah diraja.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang Negeri Pahang dan Timbalan Presiden PAS mendakwa kesesakan lebuh raya kini adalah antara kegagalan pihak kementerian dan operator.

“Saya melihat ini antara kegagalan pihak kementerian dan operator yang mengendalikan lebuh raya. Kesesakan lebuh raya sangat melampau dan berlaku di seluruh negara terutama di kawasan plaza tol,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa kerajaan untuk memastikan tidak ada kerja pembaikan atau penampalan jalan ketika waktu kemuncak.

“Semalam saya balik dari Kota Bharu. Pekerja konsesi membaiki lebuh raya di atas jambatan di kawasan lebuh raya di Kemaman. Waktu kemuncak, kereta sangat banyak. Dia boleh baiki tampalan atas jambatan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dan kita minta pihak kerajaan memastikan tidak ada pembaikan jalan pada waktu puncak pengguna yang menyebabkan kesesakan sangat melampau,” katanya.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan