Bikesrepublic

Gigi Dall’Igna Dan Ducati Beri Penjelasan Mengenai Winglet Lengan Ayun Setelah Selesai Kes Mahkamah

  • Gigi Dall”Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberikan penjelasan mengenai winglet lengan ayun sebelum bermulanya hujung minggu MotoGP Argentina.
  • Data mendedahkan yang alat tersebut menyejukkan tayar belakang dengan purata 7º dan memberikan daya ‘downforce’ yang boleh diabaikan serendah 300 gram.
  • Dall’Igna turut menyatakan yang Ducati mendapat ilham dari penempias air buatan Yamaha.

Gigi Dall’Igna dan Ducati telah mengadakan satu sidang akhbar bagi memberi penjelasan mengenai winglet lengan ayun setelah selesai kes mahkamah.

Dalam kes berkenaan, Aprilia, Honda, Suzuki, dan KTM telah menyuarakan bantahan terhadap penggunaan alat berkenaan oleh Ducati yang dipaut pada lengan ayun jentera Desmosedici GP19 di pusingan MotoGP Qatar. Ducati telah menyatakan bahawa fungsi utama alat tersebut adalah untuk menyejukkan tayar belakang dan bukannya bagi memberikan daya ‘downforce’, namun, penjelasan itu tidak dapat meyakinkan para pesaingnya. Bantahan yang dibuat mereka pada mulanya telah ditolak oleh Dorna dan FIM, dan dengan itu, mereka membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan MotoGP.

Mahkamah kemudiannya mendapati yang alat tersebut ternyata menyumbang kepada penyejukan tayar belakang dan bukan untuk memberikan daya ‘downforce’ seperti yang didakwa. Mahkamah turut mendengar kenyataan pakar dari MegaRide, sebuah syarikat dari Itali dengan pengkhususan dalam bidang termodinamik.

Oleh itu, Ducati didapati tidak melanggar sebarang peraturan dan Andrea Dovizioso, Danilo Petrucci, dan Jack Miller, bersama dengan Ducati dapat mengekalkan mata yang teleh dikutip di Qatar.

Satu-satunya pengeluar yang tidak membuat bantahan adalah Yamaha, kerana mereka juga turut melengkapkan lengan ayun jentera YZF-M1 mereka dengan alat yang agak serupa, di mana alat tersebut adalah untuk menempiaskan air dari roda belakang.

Pasukan Ducati MotoGP telah memberi penerangan tentang isu ini menjelang pusingan MotoGP Argentina.

Bagaimanakah alat ini berfungsi?

Ujar Dall’Igna, “Ia berfungsi dengan menyalurkan udara ke tayar belakang dan hasil dari ujian kami , di sesi ujian Qatar sebelum bermulanya perlumbaan, mendapati yang kami mampu mengurangkan suhu tayar dengan purata sekitar 7 darjah.”

Gigi Dall’Igna (Sumber imej: Insella.it

Dia mengaku yang alat itu ada kesan aerodinamik ‘sekunder’, ” Penempias air yang digunakan oleh Yamaha pada penghujung tahun lalu tidak syak lagi ada kesan tambahan ini. Dalam kes kami, saya boleh katakan yang kami mendapati adanya lebih kurang 3 ke 4 Newtons pada kelajuan 180km/j, lebih kurang 300 gram.”

“Jujurnya, kami tidak menjalankan sebarang ujian terowong angin dengan sistem ini, kerana matlamat kami bukannya daya ‘downforce’ alat ini. Ianya hanya mengenai kesan haba pada tayar belakang.”

Siapa tiru siapa?

Sejujurnya, Ducati mendapat ilham dari alat penempias air Yamaha dan memutuskan untuk menghasilkan bahagian yang sama, tetapi, bagi menyejukkan tayar belakang.

“Ducati dapat idea ini dengan meniru Yamaha. Kerana Yamaha telah menggunakan satu sistem seperti ini di Valencia dan mungkin juga sewaktu beberapa buah latihan, tetapi yang pasti sewaktu perlumbaan Valencia. Jadi, Ducati mendapat idea untuk memerhatikan apa yang dilakukan oleh pesaing kami. Jadi, kini, kami rasa yang lain akan meniru kami,” ujar Dall’Igna.

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan