Bikesrepublic

GP Perancis: Fabio Quartararo ‘Tapau’ Sesi Kelayakan Di Laman Sendiri

Fabio Quartararo bakal memulakan perlumbaan di SHARK Helmets Gran Prix of France di petak pertama selepas mencatat masa terpantas di sesi kelayakan, hari ini.

Pelumba Petronas Sepang Racing Team (SRT) itu mencatat masa terpantas dengan 1 minit 31.315 saat ketika sesi kelayakan telah pun memasuki saat akhir.

Keputusan tersebut sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada Quartararo untuk terus memburu kutipan mata penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dunia ketika ini dengan 108 mata.

Pelumba Pramac Racing, Jack Miller akan bermula dipetak kedua dengan masa 1′ 31.537s diikuti wakil Ducati, Danilo Petrucci ketiga dengan 1’31.674s.

Ini merupakan kejayaan sulung Petrucci untuk kembali ke barisan pertama sejak Mugello tahun lalu.

Pelumba veteran, Cal Crutchlow (LCR Honda) turut membuat kejutan apabila bakal memulakan aksi di petak keempat meskipun pada suatu ketika menduduki petak kedua sebelum Miller dan Petrucci melakar masa lebih baik.

Wakil Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales sertai Crutchlow di barisan kedua diikuti Andrea Dovizioso dari Ducati.

Sementara itu, seorang lagi wakil tuan rumah, Johann Zarco akan memulakan perlumbaan esok di petak ke-9.

Dalam perkembangan sama, pelumba Suzuki Ecstar, Joan Mir perlu bekerja keras esok untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu kejuaraan apabila sekadar merekodkan petak ke-14 dengan catatan masa 1’32.187s .

Perlumbaan GP Perancis akan bermula esok jam 4.30 petang (waktu Malaysia).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube