Bikesrepublic

Guna AI untuk Kesan Pemandu Lampaui Had Laju

Kaedah ‘point-to-point‘ (satu tempat ke satu tempat) yang dilengkapkan dalam Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dengan teknologi AI (‘artificial intelligence‘/kecerdasan buatan) bagi mengukur tempoh dan jarak perjalanan kenderaan untuk mengesan pemandu melanggar had laju, dijangka dimulakan secara percubaan pada Jun ini.

Projek rintis kaedah itu yang dirancang menggantikan kaedah statik diguna pakai selama ini, akan memantau dua laluan lebuh raya, masing-masing antara laluan terowong Genting Sempah ke hentian Rehat Gombak dan arah Plaza Tol Senawang ke Plaza Tol Simpang Ampat (Alor Gajah).

Selain itu, sistem ini akan dipasang di lokasi yang sering berlaku kemalangan di jarak laluan yang lebih panjang contohnya di lokasi Terowong Menora ke Hentian Rehat Sungai Perak.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (MOT), Datuk Jana Santhiran Muniayan ketika ditemui BH, berkata pemandu melanggar had laju boleh dikesan alat dipasang di plaza tol jika tiba di destinasi lebih cepat daripada anggaran tempoh sepatutnya.

Katanya, sebuah syarikat sudah dilantik mengendalikan proses bukti konsep atau proof of concept (POC) kaedah berkenaan tanpa sebarang impak kewangan kepada kerajaan.

Projek akan dilaksana secara rintis di dua lokasi lebuh raya terbabit. Jika benar-benar efisien, kita sedia serahkannya untuk dilaksanakan. Sistem ini dipasang di plaza tol, akan ambil bacaan masa perjalanan berdasarkan jarak ke jarak.

Contohnya pemandu dari Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, Perak, tiba lebih awal dari masa sepatutnya, jadi nombor plat kenderaan akan dikesan dan saman dikeluarkan automatik,” katanya.

Jana Santhiran menjelaskan, sistem dengan teknologi AI itu juga boleh mengesan tempoh seorang pemandu berhenti di mana-mana lokasi jika mereka berbuat demikian untuk memanjangkan tempoh perjalanan bagi mengelak dikesan sistem itu.

Maksudnya pemandu tidak boleh terlepas daripada dikesan jika memandu melebihi had laju, berdasarkan jarak dan tempoh masa yang diukur menerusi sistem baharu ini,” katanya.

Awal Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilapor berkata, pelaksanaan kamera AWAS akan ditambah baik dengan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik dilaksanakan sebelum ini.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan