Bikesrepublic

Harga (Bukan Rasmi) Suzuki V-Strom 250 SX (2024) Telah Dibongkarkan!

Kami tahu ramai peminat motosikal, khususnya peminat jenama Suzuki sedang menunggu pelancaran Suzuki V-Strom 250 SX (2024). Apa yang kita tahu ialah ia akan dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, namun harga jualannya telah dibongkarkan di media sosial terlebih dahulu.

Ya, nampaknya ada peminat yang sudah tidak sabar kerana telah menunggu model ini sekian lama. Harga tersebut dipapar oleh laman Facebook penggemar V-Strom 250 yang digelar Suzuki V-Strom 250 SX Official Suzuki Malaysia Club.

Tetapi, apa kata kita lihat spesifikasi motosikal ini sebelum kami umumkan harganya? Kenalah tahu apa yang kita hendak belikan?

Spesifikasi Suzuki V-Strom 250 SX (2024)
  • Enjin silinder tunggal 249cc, DOHC, 4 injap dengan penyejukan cecair.
  • Ia hasilkan 26.5PS (26.1hp) pada 9,300 RPM dan 22.2Nm pada 7,300 RPM.
  • Kuasa enjin dihantar melalui transmisi 6-kelajuan.
  • Suspensi depan menggunakan fork teleskopik, manakala yang belakang ialah monoshok.
  • Semua lampu menggunakan LED.
  • Saiz tayar depan ialah 100/90 19-inci, dan belakang ialah 140/70 17-inci.
  • Ketinggian pelana ialah 835mm.
  • Kapasiti tangki petrol ialah 12 liter.
  • Berat basah ialah hanya 167kg.

Jadi, berapakah harganya? RM17,800 mengikut suatu poster yang dipaparkan di dalam laman tersebut.

Apapun, kami masih menganggap berita ini sebagai bukan rasmi buat masa ini, hinggalah motosikal ini dilancarkan sepenuhnya nanti.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan