Bikesrepublic

Harga Kereta CKD Dijangka Naik 10 Peratus Julai Ini

Harga jualan kereta dijangka akan naik sehingga 10 peratus pada Julai ini sebaik pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) berakhir hujung bulan ini.

Perkara itu disampaikan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad yang menjelaskan kenaikan harga jualan kereta tidak boleh dielakkan.

“Pasaran automotif (dijangka) akan menyaksikan kenaikan harga kereta 10 peratus bagi model CKD, manakala model import sepenuhnya (CBU) pula sekitar lima peratus jika pengecualian cukai yang masih berlangsung ketika ini tidak lagi dilanjutkan.

“Untuk rekod, majoriti 90 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) adalah model CKD dengan baki 10 peratus lagi CBU. Bermakna, kesan kenaikan lebih besar akan dihadapi oleh majoriti pembeli kenderaan,” jelasnya kepada Berita Harian.

Sebelum ini, rakyat Malaysia telah menikmati pengecualian cukai jualan kenderaan bermula 5 Jun 2020 dan berjalan sehingga 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, susulan permintaan tinggi, kerajaan yang ketika itu dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melanjutkan tempoh pengecualian hingga 30 Jun 2021.

Kerajaan sekali lagi bersetuju melanjutkan insentif tersebut sehingga 31 Disember sebelum Menteri Kewangan, Tengku Datuk Srei Zafrul Tengku Abdul Aziz memanjangkan lagi hingga 30 Jun ini sebagai tarikh akhir. – BH

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan