Bikesrepublic

Harley-Davidson Hydra Glide Revival (2024) telah Tiba di Malaysia.

Harley-Davidson Hydra Glide Revival (2024) telah tiba di Malaysia.

Seperti namanya, model itu adalah satu penghormatan, malah ia meraikan, Hydra Glide yang pertama pada tahun 1949. Model itu merupakan model yang penting buat The Motor Company, dengan menampilkan fork teleskopik redamana hidraulik bersama enjin Panhead menjadikannya bentuk motosikal Harley-Davidson yang bertahan hingga ke hari ini.

“Model Hydra-Glide Revival (2024) meraikan ulang tahun ke-75 pengenalan suspensi hadapan teleskopik Hydra-Glide pada tahun 1949 untuk model Harley-Davidson E dan F. Apabila model yang dilengkapi Hydra-Glide diperkenalkan, pelana motosikal Harley-Davidson FL yang ditunggang lancar merupakan cara yang menarik untuk ramai rakyat Amerika meneroka negara ini melalui rangkaian baharu lebuh raya antara negeri,” kata Harley-Davidson.

Warnanya serupa dengan model 1956 termasuk lencana tangki klasik “V.” Ia seperti menunggang melalui sejarah. Satu lagi sentuhan menarik ialah meter kelajuan ‘old school’, serta pengikat handel yang memaparkan logo Hydra-Glide dan nombor siri eksklusif setiap motosikal (hanya 1,750 unit akan dikeluarkan). Ia juga menampilkan cermin depan dua warna yang lebih tinggi (dan boleh tanggal) berbanding Heritage Classic, dengan bahagian bawah padanan warna yang anggun.

Pelana penunggang dihiasi dengan jumbai, kancing, dan jalur jahitan putih dengan jahitan kontras merah. Beg sisi memadankan suasana dengan rawatan berjumbai dan bertatah. Bagasi boleh dikunci dan tahan air.

Enjin Milwaukee-Eight V-twin 114 inci-persegi (1,868cc) dipasang dengan penapis udara bulat sama seperti zaman dahulu. Enjin itu menghasilkan 94 hp pada 4,750 rpm dan 119 lb.-ft. tork pada 3,000 RPM. Tidak cukup kuasa? Anda boleh carinya di dalam katalog Screamin’ Eagle.

Suspensi depan terdiri daripada sepasang fork teleskopik 49mm dengan teknologi injap dwi-lentur Showa. Penyerap hendakan boleh laras pra-beban tersembunyi di bawah madgad belakang manakala roda dan brek berjejari diambil daripada Heritage Classic.

Harga jualan Harley-Davidson Hydra Glide Revival (2024) bermula daripada RM176,900. Sila lawati halaman Facebook Harley-Davidson Asia untuk maklumat lanjut dan kemas kini.
 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan