Bikesrepublic

Harley-Davidson Road Glide (2024), Harley-Davidson Street Glide (2024) Tiba di Malaysia

Harley-Davidson Road Glide (2024) dan Harley-Davidson Street Glide (2024) telah tiba di Malaysia, selepas diumumkan lebih awal antara 21 model yang kembali untuk 2024. Kedua-dua ini, serta Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) adalah model-model utama dalam rangkaian Grand Touring.

Ciri-ciri utama Harley-Davidson Road Glide (2024) dan Harley-Davidson Street Glide (2024)
  • H-D mengatakan mereka lebih berkuasa, lebih ringan dan lebih dinamik, serta isyarat visual yang lebih padat.
  • Enjin Milwaukee-Eight 117 V-Twin dikemas kini dengan sistem penyejukan baharu untuk mengoptimumkan aliran gas masuk dan ekzos.
  • Empat Mod Tunggangan – Road, Sport, Rain, Custom.

  • Sistem infotainmen baharu yang dikuasakan oleh Skyline OS, dengan skrin TFT sentuhan 12.3-inci bewarna yang menggantikan meter analog serta beberapa suis.
  • Penguat audio (amplifier) 200-watt power yang menghantar audio ke speaker di dalam fairing.
  • Fairing yang direka baru itu dikatakan dapat mengurangkan goyangan topi keledar sebanyak 60 peratus pada kelajuan lebuh raya.

  • Jarak gerakan suspensi belakang ditingkatkan sebanyak 76.2mm (Barulah tak sakit belakang!).
  • Pelana satu bahagian dengan material yang baharu.
  • Harley-Davidson Road Glide (2024) dijual pada harga bermula RM 211,900.
  • Harley-Davidson Street Glide (2024) dijual pada harga bermula RM 195,900.
2024 CVO Road Glide ST highlights
  • “CVO” ialah singkatan untuk Custom Vehicle Operations.
  • Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) merupakan model perdana untuk banjaran CVO 2024.

  • Harley mengatakan bahawa ia adalah bagger yang terpantas, terpantas dan paling canggih yang mereka hasilkan.
  • Pelana solo untuk penunggang yang tunggal.
  • Bar hendal dipasang pada riser enam inci tinggi, untuk gaya tunggangan West Coast Custom.
  • Enjin V-Twin Milwaukee-Eight 121 High Output.

  • Fork depan 47mm  Showa 1X1.
  • Showa rear shocks with remote reservoirs. Penyerap hentakan belakang Showa dengan takungan berasingan.
  • Brek Brembo.
  • Mod Tunggangan.

  • Sistem audio premium dengan amplifier 500-watt serta pembesar suara Rockford Fosgate Stage II 6.5-inci di dalam fairing.
  • Harley-Davidson CVO Road Glide ST (2024) berharga dari RM 346,900.

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube