Apabila Harley-Davidson mengumumkan kedatangan semula banjaran model-model 2024, dua daripadanya telah menerima peningkatan yang ketara, iaitu 2024 Harley-Davidson Street Glide dan 2024 Harley-Davidson Road Glide. Kedua-dua model ini mendapat peningkatan daripada segi gaya, suspensi serta elektronik yang sama, yang sebelum ini hanya tersedia pada edisi terhad CVO Street Glide dan CVO Road Glide.
Tetapi mari kita kenali model Street Glide dahulu.
Ciri-ciri utama Harley-Davidson Street Glide (2024):
- Nadi Street Glide baharu ini ialah enjin Milwaukee-Eight 117 yang lebih besar (iaitu 117 inci padu, atau 1917cc kepada kami dalam dunia metrik).
- Silinder baharu menggunakan head yang disejukkan cecair, bersama-sama dengan sistem penyejukan yang baharu.
- Ia adalah peningkatan besar daripada Milwaukee-Eight 107 (1753cc) sebelumnya.
- Enjin 117ci ini menghasilkan 105 hp dan tork 176.3 Nm, yang jauh lebih tinggi daripada 86 hp untuk enjin 107ci.
- Sudah tentu, 105 hp dari 1.9 liter tidak banyak, tetapi pertimbangkan enjin ini berputar di bawah 1,500 RPM apabila bergerak pada 110 km/j, dan anda akan faham.
- Walau bagaimanapun, enjin 117ci tidak mempunyai VVT daripada enjin 121ci (1982cc) CVO.
- Penambahan sistem infotainmen baharu, dengan penguat berkuasa 200 watt, yang menghantar kuasanya ke sepasang pembesar suara yang dipasang pada fairing.
- Skrin sentuh warna TFT 12.3 inci yang besar (istilah raksasa lebih tepat. Sebagai perbandingan, skrin Apple iPad 2 ialah 12.9 inci).
- Penunggang boleh memilih mod tunggangan (Rain, Road, Sport, Custom), atau berinteraksi dengan sistem infotainmen, dsb. melalui skrin TFT kerana butang analog pada bar hendal telah tiada lagi.
- Sudah tentu, H-D menaik taraf penggayaan motosikal juga, untuk menjadikannya lebih kontemporari, walaupun fairing mengekalkan profil batwing dan hidung jerung yang legenda.
- Tangki bahan api juga mempunyai bentuk baru.
- Span tempat duduk sekeping ditambah baik untuk jalanan jarak jauh.
Berapakah harganya?
Harley-Davidson Street Glide 2024 dijual pada harga USD 25,999 (RM 123,053.27), walaupun bilangan cukai yang membingungkan sudah tentunya akan menaikkan harga ke lebih tinggi.
Dan kawan-kawan saya tertanya-tanya mengapa saya hendak menjadi kaya…