Bikesrepublic

Honda ADV160 Mula Dipasarkan Di Thailand Dan Filipina, Malaysia Seterusnya?

Pasaran Filipina menjadi pasaran Asia Tenggara ketiga selepas Indonesia dan Thailand yang menerima Honda ADV160 2022. 

Skuter adventure bernadikan enjin baharu itu tampil dengan tiga warna baharu; MAtte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Bagi tahun 2022, generasi baharu ADV160 ini – yang menggantikan ADV150 – digerakan enjin 157cc 4-valve SOHC dengan penyejukan cecair menawarkan 15.82hp pada 8,500rpm dan 14.7Nm pada 6,500rpm. 

Kuasa enjin pula disalurkan menerusi transmisi automatik V-Matic. 

Antara ciri baharu yang diperkenalkan pada ADV160 adalah port UBS, penghadan angin baharu, panel meter digital LED baharu dan ruang letak barang 30L.

Menariknya, Honda juga menawarkan fungsi Honda Selectable Torque Control (HSTC/traction control) pada ADV160 ini.

Ciri lain ditawarkan termasuk:

  • ABS
  • keyless (Honda Smart Key)
  • lampu belakang LED dengan Emergency Stop Signal
  • tangki 8.2L

Sementara itu, ADV160 ini dipasarkan di Filipina pada harga PHP164,900 (RM13.2k).

Susulan pelancaran Honda ADV160 di tiga pasaran Asean ketika ini, kami menjangkakan bahawa skuter tersebut akan turut dipasarkan di Malaysia ekoran permintaan terhadap ADV150 cukup tinggi sebelum ini.

Untuk rekod, Boon Siew Honda akan memperkenalkan sebuah skuter kompak baharu untuk pasaran tempatan pada November ini. Namun, model tersebut bukanlah ADV160. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube