Honda CBR250RR (2024) telah dilancarkan di Malaysia, bersama beberapa kemas kini tertumpu kepada prestasi enjin dan pengendalian.
Ciri utama baharu:
- Nisbah mampatan dinaikkan kepada 12.5:1 daripada 12.1:1 dengan mengurangkan isipadu kebuk pembakaran daripada 7.55 cm3 to 70.0 cm3.
- Diameter tekak port masuk telah dibesarkan daripada 21.4 mm kepada 21.6 mm.
- Pemasaan injap kemasukan dikemas kini.
- Piston dan ketegangan gelang minyak yang dioptimumkan untuk mengurangkan geseran.
- Kemas kini ini menghasilkan peningkatan kuasa maksimum sebanyak 1 kW (1.34 hp) berbanding model sebelumnya, dan membawanya kepada 31 kW (41.6 hp) pada 13,000 RPM dan tork 25 Nm pada 11,000 RPM.
- Ciri Assist dan Slipper Clutch dikekalkan, tetapi kini dilengkapi dengan quickshifter.
- Suspensi depan dinaik taraf dengan fork jenis terbalik Showa Separate Function Fork -Big Piston – Big Piston (SFF-BP) 37mm.
- Di sebelah ciri elektronik, Honda CBR250RR (2024) mempunyai pendikit ride-by-wire yang seterusnya menawarkan tiga mod tunggangan, iaitu Sport+, Sport, dan Comfort.
- Bentuk fairing telah dirombak untuk apa mengikut konsep yang panggil “bentuk pantas agresif”, yang membawa kepada pengurangan rintangan udara sebanyak 6%.
“Dengan CBR250RR baharu, kami menyasarkan untuk memberikan pengalaman tunggangan yang tiada tandingan yang menggabungkan kuasa, ketepatan dan gaya,” kata Mitsuharu Funase, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda. “Ia adalah bukti komitmen Honda terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam segmen motosikal supersport. Kami yakin peningkatan dalam prestasi dan reka bentuk akan memikat peminat motosikal di seluruh pasaran Malaysia.”
Honda CBR250RR 2024 hadir dalam dua warna – Mat Zodiac Blue Metallic dan Honda Tricolor, kedua-duanya dijual harga daripada RM27,999.