Bikesrepublic

Honda CBR250RR Dipertingkat Bagi 2023 – Kuasa Naik 41.4HP

Populariti Honda CBR250RR sememangnya tinggi dikalangan penunggang motosikal terutamanya bagi yang baru berjinak dengan jentera 250cc ke atas.

Diperkenalkan secara global pada 2016 sebelum dinaik taraf pada tahun 2020, motosikal ‘sportsbike’ dari Honda itu terus mendapat kemas kini terbaru bagi tahun 2023 di Indonesia.

Menurut laporan, Honda CBR250RR 2023 itu tampil dengan tiga varian di Indonesia, menerusi Standard, SP dan SP QS.

Menariknya, CBR250RR 2023 ini tampil dengan panel badan baharu yang tampak lebih menyeluruh berbanding generasi sebelumnya. 

Bahagian ekor belakang juga telah dikemas kini dan tampak lebih sporty serta agresif. 

Tak cukup dengan itu, bahagian enjin parallel-twin 249.7cc juga telah dinaik taraf dan kini berupaya menghasilkan 42PS (41.4hp) pada 13,000 rpm dan 25Nm pada 11,000rpm berbanding 40.23hp dan 25Nm sebelum ini. 

Sistem suspensi pula kekal dengan fork Showa Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) seperti juga kelengkapan lain.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CBR250RR ditawarkan pada harga RM25,999 dengan model 2023 ini masih belum dilancarkan.  

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan