Bikesrepublic

Honda CBR400R Four Enjin Empat Dapur akan Datang?

Adakah Honda CBR400R Four dengan enjin empat silinder akan datang?

Bagi kami yang ‘otai’, terdapat beberapa motosikal empat silinder kapasiti kecil di pasaran pada abad-abad 80-an dan 90-an. Mereka termasuk Honda CB250, Honda CBR400, Honda CB400 Four VTEC dan VTEC II, Honda VFR400 NC30 (serupa RC30!), dan sudah tentu Kawasaki ZXR-250 dengan “hos mesin basuh.” Namun, pengeluar-pengeluar beralih kepada enjin silinder tunggal dan silinder kembar, kemungkinan besar untuk memudahkan penyelenggaraan dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

Honda VFR400 NC30

Baru-baru ini, Kawasaki membuat kejutan dengan mengeluarkan Ninja ZX-25R, diikuti motosikal sport empat silinder Ninja ZX-4R.

Adakah Honda, pembuat motosikal terbesar di dunia akan membiarkan saingan mereka yang berwarna hijau bermaharajalela dalam kedua-dua segmen ini? Sudah tentu tidak!

Sebenarnya, Honda dan Kawasaki telah pun mempunyai model empat silinder 400cc di pasaran Jepun, tetapi Kawasaki mengambil langkah untuk melancarkannya ke pasaran dunia.

Honda CBR400R di Jepun menggunakan enjin yang diperoleh daripada enjin dua silinder CBR500R, yang juga boleh didapati di Malaysia. Walaubagaimanapun, gereknya (bore) dikurangkan daripada 66.8mm kepada 56.6mm, sementara lejangnya (stroke) kekal pada 67mm. Langkah ini mengurangkan kapasiti enjin daripada 471cc (silinder kembar) kepada 399cc (empat silinder).

Bagi model Honda, Motorcycle.com berkata bahawa mereka telah melihat permohonan paten syarikat itu di A.S. yang ditandakan sebagai “Honda CBR400R Four.” Walaupun dokumen paten tidak semestinya diterjemahkan kepada produk akhir, ia menunjukkan bahawa syarikat itu agak berminat dalam segmen tersebut.

Siapa yang tidak mahu enjin empat dapur dengan bunyi menderu dengan harga yang berpatutan, kan?

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan