Bikesrepublic

Honda CBR500R, CB500F & CB500X 2018 Kini Sudah Boleh Didapati! Dari RM31,363!

Honda CBR500R 2018 (Pearl Metalloid White)
  • Boon Siew Honda secara rasminya telah mengumumkan kemunculan motosikal Honda CBR500R 2018, CB500F 2018, dan CB500X 2018 di kesemua pengedar rasmi BSH.
  • Rangkaian Honda CB500 2018 telah pun dikemaskini dengan beberapa perubahan penggayaan termasuklah skema warna dan jalur garis yang baru.
  • Kesemua model 2018 telah ditetapkan harganya bermula dari RM31,363.28 hingga RM35,391.28 (harga asas beserta GST).

Honda CBR500R 2018 (Graphite Black)

Kami telah mendapat satu berita yang amat mengujakan dari Boon Siew Honda (BSH). Tampaknya mereka secara rasminya telah memperkenalkan rangkaian CB500 2018 yang telah diperkemaskini dalam bentuk motosikal Honda CBR500R, CB500F, dan CB500X. Bagi tahun 2018, kesemua model-model berkenaan akan didatangkan dengan rpa bentuk yang lebih sporty, lebih garang, serta lebih sedia untuk mengembara bersama dengan rekaan dan warna baru.

Honda CB500X 2018 (Force Silver Metallic)

Oleh kerana saiz yang senang untuk dikendali, rekaan, dan kuasanya itu, rangkaian motosikal CB500 agak popular di kalangan para pengulang alik dalam bandar uang inginkan sebuah motosikal yang sesuai untuk ditunggangi saban hari. Ketiga-tiga model berkenaan memenuhi gaya dan keperluan yang berbeza yang mana ianya cukup sesuai untuk kegunaan berulang alik harian dan juga untuk keseronokan tunggangan hujung minggu.

Honda CB500F 2018 (Candy Caribbean Blue Sea)

Model-model 2018 ini mengekalkan reka bentuknya yang kompak namun ianya beserta dengan perubahan yang tidak terlalu ketara bagi memastikan ianya kekal terkini. Bagi konsep rekaannya, Honda telah mengekalkan intipati dan teras sebenar setiap model iaitu ‘Aggresive Speed Shape’ bagi CBR500R, ‘Mechanical & Aggresive’ bagi CB500F, dan ‘Feel the Adventure Form’ bagi CB500X.

Honda CBR500R 2018 (Grand Prix Red)

Kesemua model berkenaan dijana oleh enjin berkembar-selari 471cc DOHC yang sama yang menghasilkan sekitar 37hp dan 44Nm tork maksimum. Enjinnya beserta dengan kerangka tiub keluli-berlian kekal tidak berubah kerana kedua-dua faktor ini telah terbukti amat cekap dalam tugas mereka.

Honda CB500X 2018 (Candy Chromosphere Red)

Menurut Naib Pengerusi dan Naib Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Dato’ Seri Wira Tan Hui Jing, Tahun 2018 akan menjadi titik perubahan bagi Honda Big Bike di Malaysia; yang mana Honda BigWing bakal dibuka di 4 buah bandar utama – Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kami mensasarkan untuk memperkenalkan model yang paling mengujakan ke dalam pasaran Malaysia, dan pengenalan motosikal CBR500R, CB500F, dan CB500X terkini ini hanyalah titik permulaannya.”

Honda CB500F 2018 (Force Silver Metallic)

 

Model Warna Harga (Beserta GST)
CBR500R Pearl Metalloid White Standard:     RM31,681.28
Grand Prix Red ABS:            RM35,179.28
Graphite Black  
CB500F Force Silver Metallic Standard:     RM31,363.28
Candy Chromosphere Red ABS:            RM34,861.28
Candy Caribbean Blue Sea  
CB500X Force Silver Metallic Standard:     RM31,893.28
Candy Chromosphere Red ABS:            RM35,391.28
Mat Gunpowder Black Metallic  
Honda CB500X 2018 (Mat Gunpowder Black Metallic)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian Honda CB500 2018 terbaru ini, layarilah laman Facebook rasmi Boon Siew Honda.

Honda CB500F 2018 (Candy Chromosphere Red)

 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan