Bikesrepublic

Honda CBR500R, CB500F Dan CB500X Dinaik Taraf Bagi 2022 – PGM-FI, Showa SFF-BP

Honda mengumumkan model CBR500R, CB500F dan CB500X yang telah dikemas kini dengan engine dan chasis baharu bagi tahun 2022.

Barisan model baharu ini juga tampil dengan tetapan suspension baharu menerusi fork depan Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) 41mm sama seperti yang terdapat pada CB650R dan CBR650R.

Honda turut mengenakan rim aluminium baharu pada CBR500R dan CB500F yang dipadankan bersama cakera brek 296mm depan dan kaliper Nissin.

Sementara itu, CB500X memperlihatkan penggunaan brek kaliper sama namun dengan ‘travel suspension’ yang lebih tinggi serta rim depan 19″.

Menariknya, ketiga-tiga varian kini didatangkan dengan ‘swingarm’ yang lebih ringan dan fleksibel bagi meningkatkan kawalan terutamanya di selekoh.

Bagaimanapun, kesemua model masih lagi mengekalkan enjin 500cc dengan 46.9hp namun tela dinaik taraf dengan sistem PGM-FI yang meningkatkan lagi aliran tork dan kuasa enjin.

Setakat ini, Honda telah pun menjual lebih 106,000 unit model CB dan CBR di seluruh Eropah dengan lebih 50 peratus daripadanya babitkan model CB500F diikuti CB500X (35 peratus) dan CBR500R (18 peratus).

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan