Adakah motosikal superbike telah benar-benar berkubur? Ia nampaknya tidak begitu kerana motosikal supersport Honda CBR600RR (2024) telah mendahului jualan kategori pertengahan (middleweight) di UK, pada Jun tahun ini.
Honda UK mengatakan ia adalah berita yang amat menggembirakan kerana CBR600RR kini menunjukkan prestasi yang baik dalam kategori SuperSport dalam siri British SuperBike (BSB) serta menangi perlumbaan kelasnya di Isle of Man TT baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, berita industri secara keseluruhan tidaklah begitu cerah. Jumlah pendaftaran pada bulan Jun ialah 12,734 unit, iaitu penurunan 5.8% berbanding 2023. Jualan tahun sehingga kini juga turun 0.7% daripada tahun sebelumnya.
Honda CBR600RR digugurkan untuk semua pasaran lain kecuali Jepun sejak 2017 tetapi ia kembali ke UK tahun ini, dan dijual pada £10,499 (RM63,579.65). Enjinnya yang jenis 599cc, 16-injap, empat sebaris menghasilkan 119 hp, dan meletakkannya dalam kategori yang sama dengan Kawasaki Ninja ZX-6R.
CBR600RR adalah jentera supersport tulen, berbanding dengan Honda CBR650R 94hp yang lebih berorientasikan kegunaan saban hari di atas jalan. CBR650R tersebut adalah dalam kategori yang sama seperti Yamaha YZF-R7, Kawasaki Ninja 650, Suzuki GSX-8R, Triumph Daytona 660, dan juga Aprilia RS 660. yang enjinnya menghasilkan prestasi 100hp dan ke bawah.
Honda CBR650R (2024)