Bikesrepublic

Honda CBR650R (2025) dan Honda CB650R (2025) E-Clutch Tiba di Malaysia

Honda CBR650R (2025) dan Honda CB650R (2025) yang dilengkapi dengan teknologi klac elektronik Honda E-Clutch telah tiba di Malaysia akhirnya.

Sistem E-Clutch mengekalkan tuil klac dan tuil gear, yang membolehkan penukaran gear manual tanpa menggunakan tuil dalam semua aspek tunggangan seperti semasa tidak bergerak, bergerak dari berhenti, dan semasa motosikal dalam pergerakan. Ia pada asasnya menukar motosikal besar menjadi kapchai besar dengan klac automatik. Tuas klac dikekalkan dan boleh ditarik secara manual oleh penunggang sekiranya dia mahu, contohnya apabila dia mahu separuh klac ketika menunggang di dalam kesesakan lalulintas, dsb. Teknologinya berbeza daripada Dual-Clutch Transmisson (DCT) Honda sendiri. Kami akan memaparkan ciri ini dengan lebih terperinci kemudian.

Ciri-ciri Honda CBR650R (2025) and Honda CBR650R (2025)

  • CB605 merupakan varian Neo Sports Café, manakala CBR650R ialah motosikal sport di dalam banjaran model Honda CB650.
  • Kedua-duanya dikuasakan oleh enjin 649cc, empat silinder, DOHC, 16-injap, yang menghasilkan 94hp (70kW) pada 12,000 RPM dan 63Nm tork pada 9,500 RPM.

2025 Honda CBR650R 2025-2

  • Suspensi depan terdiri daripada fork 41mm Showa Separate Function Fork Big Piston (SFF-BP) jenis terbalik.
  • Suspensi belakang terdiri daripada monoshok yang boleh dilaras untuk prabeban.

  • Kemaskini termasuk skrin TFT, lampu LED, port pengecas USB Type-C.
  • Skrin TFT bersambung ke telefon pintar anda melalui Bluetooth. Penunggang boleh mengakses navigasi dan fungsi penstriman muzik melalui aplikasi Honda RoadSync.

  • Ciri pertolongan elektronik termasuk kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) and ABS dwi-saluran.
  • Honda CB650R (2025) boleh didapati di dalam warna Matte Gunpowder Black Metallic, Matte Laurel Green Metallic, and Candy Chromosphere Red, dengan harga jualan RM47,999.

  • Honda CBR650R (2025) boleh didapati di dalam warna Grand Prix Red, and Matte Gunpowder Black Metallic, pada harga jualan RM49,999.00.

Galeri gambar Honda CBR650R (20525)

Galeri gambar Honda CB650R (2025)

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube