Bikesrepublic

Honda Lancar Program Alat Ganti VFR750R Di Eropah

Dalam usaha memastikan motosikal ikonik, Honda VFR750R (RC30) terus hidup, pengeluar motosikal Jepun itu melancarkan program “RC30 Forever” di Eropah.

Program tersebut membolehkan pemilik RC30 untuk menyelenggara motosikal tersebut dengan lebih 150 alat ganti tulen disediakan Honda.

Pemilihan alat ganti tersebut telah diadakan sewaktu mesyuarat bersama-sama pemilik RC30 di Jepun dan Eropah.

Sewaktu perjumpaan itu, pemilik motosikal ikonik itu meluahkan hasrat untuk terus memastikan RC30 berada dalam keadaan terbaik dan boleh ditunggang hasil bantuan alat ganti tulen Honda.

Kesemua 150 alat ganti tersebut membabitkan bahagian enjin, chasis dan sistem elektronik.

Menurut Honda, kesemua komponen boleh didapati menerusi tempahan di pengedar rasmi Honda di seluruh Eropah.

Honda VFR750R (RC30) membuat penampilan sulung pada 1987 menerusi Tokyo Motor Show sebelum diperkenalkan di Eropah setahun kemudian.

Dengan hanya 5,000 dibina, jentera ini dibangunkan sebagai usaha Honda untuk beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia.

RC30 dilengkapi enjin 748cc 90 ° V4  dengan penyejukan cecair yang mampu menghasilkan 102hp pada 9,500rpm dan 76.5Nm pada 8,500rpm.

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube