Bikesrepublic

Honda Teruja Untuk Pelajari Tentang Ducati Dari Jorge Lorenzo

  • Honda berharap yang Jorge Lorenzo akan mendedahkan kelebihan jentera Ducati Desmosedici GP18.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol itu akan menyertai Honda dari Ducati pada tahun 2019.
  • Honda berharap dapat bekerjasama dengan Lorenzo bagi menambah kestabilan pada jentera RC213V.

Honda Racing Corporation (HRC) berharap mencungkil rahsia dari Jorge Lorenzo mengenai perbezaan antara jentera MotoGP pasukan Ducati berbanding jentera Honda RC213V mereka.

Pengurus Teknikal HRC, Takeo Yokoyama, berkata bahawa dia ingin mengetahui kelebihan jentera Ducati sewaktu Lorenzo menyertai pasukan dari Jepun itu pada musim yang akan datang.

Penunggang pasukan pengilang Repsol Honda, Marc Marquez, sedang mendahului kejohanan dan bakal memenangi kejuaraan MotoGP-nya yang kelima, tetapi, jentera Desmosedici GP18-lah yang telah menjadi sebutan sebagai jentera perlumbaan terbaik secara keseluruhannya. Ia telah membawa enam kemenangan setakat ini, tiga buat Lorenzo dan tiga lagi untuk teman sepasukannya, Andrea Dovizioso.

“Dia (Lorenzo) adalah seorang juara, yang telah mengemudi pelbagai jentera perlumbaan yang berbeza pada masa lalu dan telah senantiasa pantas. Jadi, saya rasa dia boleh menyesuaikan diri dengan jentera kami,” Ujar Yokoyama kepada MotoGP.com.

Yokoyama meneruskan, “Kami tidak akan membangunkan motosikal yang berbeza sama sekali. Kami tidak akan membuat sebuah motosikal yang khas untuk Marc Marquez dan sebuah motosikal yang khusus untuk Jorge. Tetapi sebuah motosikal yang sedikit berbeza tidak menjadi masalah untuk kami.”

Bagaimana pun, Lorenzo lebih gemarkan sebuah jentera yang stabil, terutamanya sewaktu memasuki selekoh, di mana dia menggunakan gaya penunggangan tradisional ‘long arc’, berbanding gaya ‘point and shoot’ yang digunakan Marquez.

“Salah satu perkara yang mungkin saya agak risau adalah dia akan bergelut dengan stabiliti motosikal (Honda) ini. Saya rasa anda boleh melihat sendiri di kata televisyen yang motosikal Honda lebih kerap bergegar, melompat, ‘menari’,” akui Yokoyama.

“Barang kali, dia bukan seorang penunggang yang gemar berhadapan dengan motosikal yang tidak stabil dan dari pihak kami saya anggap yang kami perlu menjadikan motosikal ini lebih stabil daripada sekarang. Namun, dari pihaknya pula, mungkin dia perlu menyesuaikan diri sedikit dengan motosikal yang lebih tidak stabil.”

“Sekiranya kami dapat melakukannya, dan dia juga dapat melakukannya, saya rasa kami boleh menjayakannya.”

Lorenzo akan dapat mengemudi jentera Honda buat kali pertama pada bulan November sewaktu ujian pasca perlumbaan di Valencia.

Menangi Tiket MotoGP Sepang 2018 Dari Ducati Malaysia!

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube