Bikesrepublic

Honda X-ADV (2025) Dilancarkan dengan Sembilan Rombakan Utama

Honda X-ADV (2025) telah dilancarkan di luar negara, dan menampilkan banyak kemas kini berguna.

Dilancarkan pada 2017, model ini telah terbukti sangat popular di seluruh dunia. Ia sudah popular di Malaysia walaupun sebelum diimport dan dijual secara rasmi. Kemudian, pembeli terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk motosikal mereka apabila ia dijual secara rasmi. Tidak sukar untuk memahami pesona motosikal ini: Enjin berkembar selari dengan tork yang kuat digabungkan dengan kemudahan skuter dan motosikal konvensional yang agresif.

Tetapi, kami ada beberapa aduan seperti mustahil untuk melaraskan skrin angin semasa bergerak, bontot terasa sakit selepas menunggang sejauh 100km, tiada ruang simpanan di bahagian hadapan walaupun mempunyai bentuk skuter, skrin LCD yang susah untuk dilihat, dan terumatanya transmisi DCT yang sukar untuk dipandu pada kelajuan rendah dan menyebabkan saya tertumbang (seperti juga CRF1000L Africa Twin DCT).

Oleh itu, Honda telah mendengar aduan-aduan itu daripada pengguna jadi Honda X-ADV (2025) ini menampilkan sembilan (!) peningkatan.

1. Skrin TFT baharu

Terdapat skrin TFT lima inci baharu yang bersambung kepada aplikasi telefon pintar Honda RoadSync. Honda juga mengatakan bahawa terdapat salutan anti-silau baharu pada skrin.

2. Kawalan jelajah (cruise control)

Kawalan jelajah (cruise control) adalah standard, dan merupakan tambahan yang bagus untuk penunggang Malaysia kerana kami suka melancong ke mana-mana dengan apajua jenis motosikal. Syarikat itu juga memperkenalkan kotak simpanan sisi, serta kotak simpanan atas 50 liter dan 38 liter sebagai pilihan di pasaran Eropah, walaupun kami ragu-ragu jika ini sampai ke sini. Honda X-ADV (2025) juga mendapat suis baharu di handel kiri dengan pencahayaan.

3. Mod kuasa serta DCT yang dikemaskini

Keempat mod kuasa telah dikemaskini. Mod kuasa menukar output kuasa, brek enjin, kawalan cengkaman dan operasi DCT (Dual Clutch Transmission). Terdapat juga mod USER yang boleh memberikan pengguna melaras mod secara manual. Selain itu, DCT juga telah diubah suai untuk operasi berkelajuan rendah yang dipertingkatkan. (Nampak? Ia bukan salah saya!)

4. Span pelana lebih tebal

Span uretana pelana duduk adalah 10 peratus lebih tebal, tetapi pelana itu dibentuk semula untuk memudahkan penunggang memijak permukaan bumi. Pelana juga lebih mudah dibuka dan ditutup apabila mengakses ruang bawah tempat duduk.

5. Skrin depan boleh dilaras untuk 3 posisi

Skrin depan boleh laras untuk tiga kedudukan. Pelarasan lebih mudah dan hanya memerlukan tangan kiri anda untuk melakukannya. Julat pelarasan ialah 14cm, melalui julat 11 darjah.

6. Penderia (sensor) sudut condong pada topang tengah

Topang tengah mempunyai penderia (sensor) kecondongan untuk memberi amaran jika anda telah meletak motosikal pada permukaan yang terlalu curam, supaya motosikal tidak terbalik apabila anda meninggalkannya.

7. DRL yang disepadukan dengan lampu isyarat

Daytime Running Lights LED (DRL) baharu telah disepadukan dengan lampu isyarat. Ini adalah motosikal pertama dengan ciri ini, menurut Honda. Lampu utama juga telah direka semula, dengan dwi-LED pada setiap sisi, sama seperti Honda Civic.

8. Bentuk badan yang dipertingkatkan

Walaupun bentuk asasnya kekal, terdapat beberapa kemaskini pada bentuk badan motosikal ini. Salah satunya ialah reka bentuk lampu depan yang disebutkan di atas, dan bahagian hitam di antara lampu depan telah hilang. Gambar-gambar juga menunjukkan pemesong angin lutsinar di sepanjang tepi fairing hadapan, walaupun kami tidak pasti sama ada ini adalah pilihan atau peralatan standard.

9. Bahan kitar semula

Honda mengatakan bahawa mereka menggunakan bahan kitar semula yang dipanggil Durabio, suatu plastik biomass pada pelbagai bahagian badan Honda X-ADV (2025). Kotak bagasi dan tapak tempat duduk diperbuat daripada bampar kereta Honda yang dikitar semula, manakala plastik kitar semula digunakan untuk panel dan penutup.

Akhir sekali, terdapat empat warna untuk dipilih: Matte Gold Finch Yellow untuk Edisi Khas dan tiga warna kelabu untuk model standard. Harga belum didedahkan.

 

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube