Orang ramai terutamanya pengguna jalan raya diminta untuk memandu dan menunggang lebih berhati-hati ekoran aktiviti hujan lebat diramal akan berlanjutan sehingga bulan Februari tahun depan.
Perkara itu disampaikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan rasmi, pada Selasa.
“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
“Pada September ini, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata di antara 100 milimeter (mm) hingga 450 mm kecuali Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan pada purata 100 mm hingga 200 mm,” jelas MetMalaysia.
Manakala Sabah dan Sarawak juga akan merekodkan hujan lebat melebihi purata sehingga 350mm.
Menurut MetMalaysia lagi, paras purata lebih tinggi akan direkodkan di Sabah dan Labuan menjelang Disember dan Januari nanti. – KOSMO