Husqvarna Vitpilen 801 (2025) akhirnya telah dilancarkan, mengikut jejak langkah Svartpilen 801.
Sesuai dengan kedudukan Husqvarna sebagai barisan warisan dalam Pierer Mobility, motosikal baharu itu membawa rupa neo-retro. Selebihnya, selain tangki, kelihatan diadaptasi daripada KTM 790 Duke R. Jadi, sudah tentu, terdapat banyak komponen yang dikongsi.
Ciri-ciri utama Husqvarna Vitpilen 801 (2025):
- Enjin 799cc, LC8c kembar selari yang menghasilkan 105hp and tork 87Nm.
- Kala servis dipanjangkan kepada 15,000km
- Kerangka Chromium-Molybdenum-Keluli yang menggunakan enjin sebagai komponen beban.
- Fork depan WP Apex 43mm forks yang boleh ditala, dan monoshok WP Apex belakang yang boleh ditala.
- Kalier brek J.Juan depan dan belakang, Cornering ABS adalah standard.
- Mod tunggangan ialah Street, Sport, dan Rain. Pemilik boleh menambahkan Dynamic Pack yang membuka mode tunggangan Dynamic.
- Dynamic Pack tambahan ini juga membolehkan pemilik untuk menala mod-mod tunggangan serta kawalan traksi melalui 10 peringkat, 5 peringkat Anti Wheelie, dan Motorcycle Slip Regulation.
- Sistem quickshifter yang digelar Easy Shift juga merupakan suatu tambahan.
- Kawalan jelajah (cruise control) juga merupakan satu tambahan.
- Pemuka TFT 5-inch dengan sambungan kepada telefon pintar melalui aplikasi.
- Gelang DRL dengan lampu depan di tengah.
- Keberatan tanpa minyak petrol ialah 180kg.
Harga Husqvarna Vitpilen 801 (2025) belum diputuskan.