Bikesrepublic

Isu Parkir 4×4 dalam Sungai, Perlu ada Garis Panduan buat Pengunjung Tapak Rekreasi – Penasihat

Baru-baru ini tular kes di mana beberapa kenderaan 4×4 diparkir di dalam sebuah sungai. Tindakan pemilik kenderaan demikian telah rata-rata dikecam netizen. Apapun, masih tiada apa kenyataan daripada mana-mana pihak berkuasa samada pemilik-pemilik kenderaan tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, Penasihat Persatuan Pembangunan Pelancongan Eko Perak, Cik Siti Norlizawati Narawi berkata sepatutnya ada satu garis panduan untuk tapak perkhemahan dan rekreasi awam bagi membendung tingkah laku pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Beliau juga berkata isu perbuatan tidak bertanggungjawab lazimnya dilakukan di lokasi tiada pemilik, kerana yang berbayar sudah pun mempunyai garis panduan dan peraturan tertentu yang perlu dipatuhi pengunjung.

Memang hendak kawal orang yang datang ke tempat rekreasi dan perkhemahan awam ini susah sedikit, mungkin kerajaan boleh keluarkan peraturan khusus contohnya jangan buat bising, hormati orang lain dan tidak cemarkan alam sekitar serta sebagainya.

Garis panduan seumpama ini boleh menjadi rujukan kepada mana-mana individu mahupun penduduk setempat untuk menegur perbuatan dan salah laku pengunjung.

Sekiranya didapati mereka melanggar garis panduan ini, mungkin ada tindakan tertentu bagi memberi pengajaran,” katanya ketika dihubungi oleh akhbar Harian Metro.

Baru-baru ini viral (tular) kes letak kereta atas air sungai, kita bimbang perbuatan ini boleh menyebabkan minyak kenderaan itu turun mengalir dan mencemarkan sungai sehingga membuatkan orang lain yang bermandi manda di kawasan sama tidak selesa.

Ada juga makan atas letak meja dan kerusi atas air. Aspek keselamatan satu hal kemudian cuci pinggan pula dalam sungai itu menyebabkan kualiti air kotor dengan sisa makanan seperti tulang ikan dan ayam.

Impaknya mungkin kita tak nampak sekarang, namun, apabila ada sesuatu kejadian berlaku baru kita ambil langkah pencegahan. Cegah lebih baik dari merawat.

Perbuatan seperti ini sepatutnya tidak berlaku, malah semua pihak perlu ada kesedaran dengan menjaga tingkah laku, tutur kata serta tidak mengotorkan kawasan itu kerana segala perbuatan tidak baik kepada alam sekitar sudah pasti akan memberi impak negatif dan buruk,” katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mengenai sukan-sukan lasak seperti motosikal enduro dan jelajah 4×4.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan

Arkib

Ikuti Kami di Facebook

Ikuti Kami di YouTube