Bikesrepublic

Italjet Dragster GP500 Lancar 2024 – Dengan Gear Manual, 43HP

Pengeluar skuter mewah Itali, Italjet, dengan rasminya memaklumkan bahawa Italjet Dragster GP500 yang dipamerkan sebagai model konsep di EICMA tahun lalu akan dilancarkan secara rasmi pada 2024. 

Italjet membuat pengumuman rasmi tersebut menerusi perkongsian terbaru di media sosial rasmi. 

Dibangunkan dengan acuan sama seperti Dragster 125 dan 200, Dragster GP500 tampil dengan kelengkapan lebih berprestasi tinggi terutamanya enjin satu silinder 450cc 4-strok DOHC dengan penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 43hp pada 8,000rpm dan 43Nm pada 6,000rpm. 

Menariknya, berbanding varian 125cc dan 200cc yang menawarkan tunggangan skuter konvensional dengan gear automatik,  Dragster GP500 pula hadir  dengan gear manual 6-kelajuan. 

Ciri lain ditawarkan termasuk kaliper brek Brembo yang dipadankan bersama cakera brek 270mm depan dan 230mm belakang. Fungsi ABS juga didatangkan secara standard. 

Pada masa sama, Dragster GP500 ini juga dilengkapi dengan tangki 12L dan datang dengan berat (kering) sekitar 180kg. 

Mengambil kira ciri ditawarkan pastinya menjadikan Italjet Dragster GP500 ini sebagai model yang cukup unik dalam kelasnya. 

Co-founder of Bikes Republic and a motoring journalist by night. He is a self described enthusiasts with a passion for speed but instead rides a Harley and a J300. A man of contradictions, he is just as passionate about time off in the quiets as he is about trail braking into turn one at Sepang Circuit on two or four wheels.

Artikel Berkaitan