Bikesrepublic

Jalan Sedia Ada Tidak Dapat Menumpung Jumlah Kenderaan – Pakar

Kesesakan jalan raya terutamanya setiap kali musim perayaan khususnya di Pantai Timur antaranya disebabkan kepanjangan jalan sedia ada tidak dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak, kata Pakar Psikologi Trafik dan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Rozmi Ismail. Dia turut berkata yang banyak jalan lain (bukan lebuh raya) hanya mempunyai satu lorogn.

“Kalau berlakunya apa-apa perkara seperti kemalangan, pengguna jalan raya tidak ada tempat untuk ‘lari’ dan mereka akan terperangkap dengan kesesakan itu. Memang terpaksa harunginya.

“Kemudian, kebanyakan bandar atau pekan jalannya sedang dibaiki. Contohnya di Gua Musang. Ia seterusnya tidak dapat membantu untuk menampung jumlah kenderaan yang banyak sehingga menyebabkan kesesakan,” katanya lagi.

Beliau mengulas mengenai keluhan pengguna jalan raya yang terpaksa menempuhi perjalanan panjang melebihi 10 jam ketika kembali ke ibu kota selepas menyambut Aidilfitri lalu.

Selain daripada itu, beliau turut menyentuh mengenai kaedah pembayaran tol yang menambahkan lagi kesesakan dan mencandangkan bahawa terdapat sistem pembayaran yang lebih efektif. “Contohnya pengguna dah bayar dahulu sebelum nak ke sesuatu tempat. Katalah saya nak pergi Pulau Pinang, sudah siap bayar. Ini untuk elakkan kenderaan ini berbaris di plaza tol. Berbaris itu akan jadi sesak.

Komen kami:

Rumusan Prof. Dr. Romzi amat baik namun ada lagi satu sebab kenapa jalan-jalan di Malaysia makin sesak, iaitu pertambahan kenderaan yang mendadak setiap hari, bulan, dan tahun. Contohnya, hampir 800,000 kenderaan baharu didaftarkan pada tahun lalu sahaja. Jumlah kepanjangan jalan raya di negara kita, termasuk lebuh raya dan jalan yang diturap serta tidak diturap ialah 290,099 kilometer. Tetapi pada masa yang sama, terdapat 36.3 juta kenderaan yang aktif. Itu bermaksud terdapat 125 kenderaan bagi setiap kilometer.

Penambahan apa-apa jalan dan lebuh raya tidak akan dapat menampung jumlah kenderaan sampai bila-bila, apatah lagi pembinaan setiap lebuh raya mengambil masa yang lama. Projek pembinaan tersebut juga menyumbang kepada kesesakan trafik.

Wahid's lust for motorcycles was spurred on by his late-Dad's love for his Lambretta on which he courted, married his mother, and took baby Wahid riding on it. He has since worked in the motorcycle and automotive industry for many years, before taking up riding courses and testing many, many motorcycles since becoming a motojournalist. Wahid likes to see things differently. What can you say about a guy who sees a road safety message in AC/DC's "Highway to Hell."

Artikel Berkaitan